Thursday 27 July 2023

Abdur Rahman Mohd Afif Penerima Insentif PERAK PCOKUNJ yang pertama!

Abdur Rahman Mohd Afif menjadi peserta pertama yang menerima insentif kemnangan SKIM PERAK oleh PCOKUNJ atas kejayaan cemerlangnya berjaya meningkatkan sebanyak 218 rating FIDE dari 1074 hingga 1292. Kenaikan ini adalah daripada bulan Jun sehingga Julai 2023. Ini sekaligus melayakkan beliau menerima insentif PERAK yang bernilai sebanyak RM500.

Pihak persatuan mengucapkan syabas dan tahniah buat beliau atas semangat dan usaha keras dalam memastikan peningkatan demi peningkatan dalam sukan catur.

Insentif ini mula diperkenalkan oleh persatuan sebagai salah satu usaha untuk memberi galakan dan semangat kepada semua ahli PCOKUNJ khususnya pemain para demi memartabatkan sukan catur Para di dalam negara dan luar negara. Rating FIDE boleh menjadi ukuran kekuatan sebenar para pemain dalam usaha untuk bersaing dengan pemain catur Para luar negara.

Syabas dan tahniah.