Monday 23 October 2017

Anugerah Sukan Johor 2016




22 Oktober 2017 – Bertempat di Pinewood Studios Iskandar Puteri, beberapa pemain catur Para Asean berpeluang menghadiri Anugerah Sukan Negeri Johor 2016. Pada malam tersebut, penyampaian insentif kecemerlangan sukan Para Asean 2017 bagi pemain berasal dari Negeri Johor turut diadakan bagi meraikan kemenangan dan semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh para pemain negeri Johor khususnya. Hadiah telah disampaikan oleh Y Bhg Datuk Seri Hj Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar negeri Johor, diiringi tetamu kehormat yang lain. PCOKUNJ mengucapkan syabas kepada semua penerima insentif kecemerlangan, semoga terus berbakti kepada negeri dan tanah air tercinta.
Senarai penerima:
  • Nasrul Humaimi Bin Mahmood – Jurulatih
  • Aqilah Syahira Ahmad – P
  • Hanson Ang Ping Ting – B2/B3
  • Mohamad Farhan Shukry Bin Jamil – B2/B3
  • Seri Izdihar Binti Mohamad Shoberi – B2/B3
  • Moira Binti Mukri – B1



Kenangan bersama YB Datuk Seri Ahmad Bin Hj Maslan,
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

Sunday 15 October 2017

Catur Integrasi Hari Sukan Negara 2017



14 Oktober 2017: Bertempat di Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor, telah berlangsung Kejohanan Catur Integrasi Sempena Hari Sukan Negara 2017.  Kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai sekitar RM2000 keseluruhannya telah menyaksikan integrasi secara sihat di kalangan pemain normal dan OKU. Selain kategori terbuka, turut dipertandingkan adalah kategori Bawah 12 tahun. Berikut adalah senarai pemenang rasmi kejohanan ini. Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Encik Choong Thong Yuen, Setiausaha KRT Zon Gelang Patah.

PCOKUNJ selaku penganjur bersama merakamkan jutaan terima kasih kepada UTM, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan KRT Zon Gelang Patah dalam menjayakan kejohanan ini terutama menaja hadiah wang tunai kepada para pemenang.

Gambar pemenang dan peserta Sukan Integrasi HSN 2017

Hanson Ang Ping Ting

Farhan Syukri Jamil

Mohd Ruzaini Mohd Rosli