Saturday 28 August 2021

KEJOHANAN CATUR REMAJA SIRI 3 2021

Salam Sejahtera,

Menjelang Hari Malaysia, PCOKUNJ berbesar hati untuk menjemput semua pemain catur remaja untuk bersama-sama menyertai Kejohanan Catur Remaja Siri 3 seperti butiran berikut :


Tarikh : 15 SEPTEMBER 2021 (RABU)
Masa : 9 MALAM - 10.40 MALAM
Format : ARENA Rated (Kawalan masa 7 minit) - No Berserk
Platform : LICHESS. org


Makluman :

1) TIDAK PERLU MEMBUKA KAMERA/ZOOM...HANYA BERMAIN SAHAJA DENGAN PENUH INTEGRITI. MALAYSIA SUDAH LAMA MERDEKA, JANGAN DIKOTORI DENGAN PENIPUAN.

TARIKH TUTUP : 5 PETANG, RABU 15 SEPTEMBER 2021

Bagi mereka yang belum ada ID Lichess atau pertama kali dengan LICHESS, boleh rujuk di sini bagaimana untuk buka akaun sendiri : 

https://youtu.be/KoOEvTSpvkU

Atas cadangan ramai MENGASINGKAN KATEGORI kami akan adakan 4 kategori berasingan:

1) 17 TAHUN BAN KE BAWAH (LELAKI) - U17L
2) 17 TAHUN DAN KE BAWAH (PEREMPUAN) - U17P
3) 12 TAHUN DAN KE BAWAH (LELAKI) - U12L
4) 12 TAHUN DAN KE BAWAH (PEREMPUAN) -U12P


YURAN:
RM 5 SAHAJA bagi semua kategori.

SILA MASUK KE LINK PENDAFTARAN INI UNTUK MAKLUMAT LANJUT KEJOHANAN INI:


Sebarang pertanyaan Hubungi urusetia: 013-4359007 (Marlia) atau  018-2856589 (Husna) 



Monday 16 August 2021

TAHNIAH LIM YEE JIN - NO 4 DI ASIAN JUNIOR PARA CHESS CHAMPIONSHIP 2021

15 OGOS 2021 - Tahniah kepada Lim Yee Jin kerana berjaya menduduki tangga ke-4 di belakang pemenang pingat emas, R P Kanishri dari India, pemenang pingat perak, Daria Kudainazarova dari Kyrgyzstan dan Sukanna Marufa Azad dari Bangladesh. Kejayaan ini amat membanggakan kerana telah berjaya menduduki Top-5 Asian. Dengan kemenangan ini, beliau layak mendapat insentif kejayaan daripada PCOKUNJ atas semangat juang yang ditunjukkan.

Sementara itu, bagi kategori lelaki, Dhanesh Gobinath berjaya menduduki tangga ke -12 manakala Tharssen Govikrishnaarssen di tangga ke 22. Semoga pengalaman bermain di peringkat antarabangsa ini menjadi pembakar semangat untuk terus maju dalam kejohanan akan datang.

Berita penuh :

https://malaysiachess.org/news/asian-para-juniors-2021/

Saturday 14 August 2021

KEPUTUSAN KEJOHANAN REMAJA SIRI 2

13 Ogos 2021 (Jumaat) : Berikut merupakan keputusan dan senarai pemenang lengkap bagi Kejohanan Catur Remaja 2021 (SIRI 2). Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua peserta yang bertanding dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi.








Beberapa aksi peserta yang dikongsi sepanjang kejohanan.


Thursday 12 August 2021

3 ATLET JOHOR BERAKSI DI ASIAN JUNIORS ONLINE CHESS CHAMPIONSHIP 2021

 




Semoga berjaya kepada 3 atlet Johor yang akan bermain di ASIAN JUNIORS ONLINE CHESS CHAMPIONSHIP FOR PLAYERS WITH DISABILITIES pada 13 hingga 15 Ogos 2021 di platform Tornelo.

Kami juga mengucapkan semoga berjaya kepada semua yang mewakili negara Malaysia. Semoga ada kejayaan di raih di kejohanan ini.

https://www.fide.com/calendar/51721

Tuesday 10 August 2021

KEPUTUSAN RASMI CATUR SABTU1 UTM

7 OGOS 2021, Sabtu : Seramai 402 peserta bertanding di Kejohanan Catur Sabtu1 UTM yang julung kali diadakan secara atas talian, selepas lama tertangguh sejak Mac 2020 akibat pandemik. Kelab Catur Staf UTM merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada semua peserta yang menyertai kejohanan hari ini yang terdiri daripada dua Kategori iaitu Bawah 12 Tahun dan Bawah 17 Tahun. Bagi kategori Bawah 12 Tahun, 251 pelajar dari seluruh negara bertanding dalam acara ini, manakala bagi kategori Bawah 17 Tahun, 151 pelajar dari pelbagai negeri memberi tentangan sengit dalam merebut kejuaraan. Keputusan rasmi Kejohanan adalah seperti berikut:

KATEGORI BAWAH 12 TAHUN



KATEGORI BAWAH 17 TAHUN



Kelab Catur Staf UTM juga merakamkan terima kasih kepada Persatuan Catur OKU Negeri Johor atas pengurusan teknikal kejohanan yang baik, bagi memastikan kelancaran pertandingan. Berikut adalah beberapa gambar yang telah dikongsi oleh beberapa peserta sepanjang kejohanan berlangsung.