Wednesday 31 May 2023

SELAMAT BERJUANG WIRA NEGARA

PCOKUNJ mengucapkan selamat berjaya kepada semua Team Para Asean Negara di Temasya Sukan para ASEAN 2023 di Cambodia.

Bagi acara Catur, seramai 6 orang dari Pasukan Para Negeri Johor terpilih menjayakan temasya ini iaitu :

  1. Prof Madya Ts Ir Dr Nasrul Humaimi Mahmood (Jurulatih)
  2. Siti Marlia Abd Rahim (Jurulatih)
  3. Tan Mei Ling (Pegawai Pengiring)
  4. Hanson Ang Ping Ting (Atlet B2/B3 lelaki)
  5. Lim Yee Jin (Atlet Fizikal Wanita)
  6. Aqilah Syahira Ahmad (Atlet Fizikal Wanita)
Semoga berjaya! DEMI MALAYSIA.




Monday 8 May 2023

TAHNIAH WNM AINUL MARDHIAH

PCOKUNJ mengucapkap setinggi2 tahniah buat NWM Ainul Mardhiah atas kejayaan menjuarai kategori wanita terbuka di Malaysian Chess Championship 2023. Ainul juga menerima RM200 daripada Majlis Tertinggi PCOKUNJ atas insentif kemenangan menjuarai Kejohanan Peringkat Kebangsaan. Syabas diucapkan dan semoga terus cemerlang. 

Tahniah juga buat adik Danish dan Cikgu Hanson Ang Ping Ting atas hadiah khas..

Turut menyertai Kejohanan ini adalah Lim Yee Jin, Abdurrahman dan Aisyah yang bermain dengan baik.

Syabas dan tahniah semua.