PENGENALAN



Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor atau singkatannya PCOKUNJ telah didaftar secara rasminya pada 28 Ogos 2017 (9027/2107). Objektif persatuan adalah:

  • untuk membangun, menggalak dan mempromosikan sukan catur OKU di seluruh negeri Johor;
  • untuk merancang dan membangunkan atlet, pegawai, jurulatih dan mencungkil bakat baru;
  • untuk melahirkan atlet yang berpotensi bagi mewakili negara dalam mana-mana pertandingan sukan catur OKU di peringkat antarabangsa;
  • untuk menggalakkan pembangunan sukan di peringkat akar umbi dan 
  • untuk mewakili negeri Johor sebagai Ahli Gabungan dalam Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia (PCOKUM).
Idea penubuhan ini di sokong sepenuhnya oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia. Mesyuarat Jawatankuasa penaja telah berlangsung pada 8 Oktober 2016 sejurus selesai Kejohanan Catur Integrasi OKU vs NORMAL sempena Hari Sukan Negara.

Pihak persatuan mengalu-alukan sebarang bentuk penajaan. Sekiranya penajaan dalam bentuk wang tunai, bolehlah di masukkan ke akaun persatuan seperti berikut:
  • Nama Akaun : Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor
  • Nombor Akaun : 01041010075421
  • Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Acknowledgement :
Logo persatuan telah dicipta oleh Mohamad Muslihuddin Razali (pelajar Kejuruteraan Mekanikal, UTM).