Sunday 28 January 2018

Hanson Juara Kejohanan Catur OKU Zon Selatan.

28hb Januari 2018 (Ahad) - Dengan mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang 6 pusingan, Hanson Ang Ping Ting (pemain negeri Johor) dinobatkan sebagai Johan bagi Kejohanan Catur OKU Zon Selatan yang diadakan di Wetex Parade, Muar, Johor. Kejohanan ini dianjurkan oleh Lions Club International bersama-sama dengan Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia (PCOKUM) dan Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor (PCOKUNJ). Hanson, juga merupakan seorang guru di SK Sri Pulai Perdana, sebelum ini pernah menduduki kelompok 10 terbaik di Zon Tengah, walaubagaimanapun beliau yang memilih untuk bertanding sekali lagi di Zon Selatan, ternyata unggul dengan 5.5 mata sekaligus terpilih untuk mewakili Zon Selatan ke Kejohanan peringkat kebangsaan. Tempat kedua di menangi oleh Hj Shaharudin Bin Sidek dari Negeri Sembilan manakala seorang lagi pemain negeri Johor, Mohamad Farhan Syukri Bin Jamil menduduki tangga ketiga. Sementara itu, pemain Johor yang mengisi slot 10 pemain terbaik untuk mewakili Zon Selatan adalah Aqilah Syahira Ahmad, Mohamad Ruzaini dan Lim Yee Jin.

PCOKUNJ sangat berterima kasih kepada semua peserta yang bertanding pada kejohanan ini terutama kepada Maktab Sultan Abu Bakar (English College) yang telah menghantar jumlah penyertaan yang paling ramai dalam kejohanan ini. Diharap dengan pendedahan dan pengalaman yang ditimba daripada semua pemain akan menjadi titik tolak kepada kepada melahirkan bakat-bakat baru dalam usaha negeri Johor khususnya menghadapi sukan Paralimpiad 2018 dan bersedia dengan atlet yang lengkap pada sukan Paralimpiad 2020 di mana Johor merupakan tuan rumah.

Terima kasih kepada Lions Club International atas kesungguhan dan ketelitian dalam menjayakan kejohanan ini. Syabas kepada yang berjaya, kepada yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa, kerana kegagalan hari ini adalah permulaan kejayaan di masa akan datang.

 Hanson Ang Ping Ting bersama hadiah yang dimenangi
 Tiga teratas - Hanson (Johan), Hj Shaharuddin (Naib Johan), Farhan (Ketiga)
10 pemenang terbaik yang akan mewakil Zon Selatan
Suasana Pertandingan
Suasana Pertandingan
Suasana Pertandingan
Suasana Pertandingan
Suasana Pertandingan
Suasana Pertandingan
Suasana Pertandingan
Barisan Lions Club International
Presiden PCOKUNJ, Dr Nasrul menerima cenderahati dari Lions
Sambutan Hari Jadi Lim Yee Jin
Aqilah Syahira Ahmad (PCOKUNJ) - Top 10
Ruzaini (PCOKUNJ) - Top 10
Lim Yee Jin (PCOKUNJ) - Top 10
Lions Club International bersama sebahagian pemain
 Jawatankuasa penganjur - Lions Club International
Jawatankuasa penganjur - Lions Club International

Wednesday 24 January 2018

22nd GACC Open Team Event Chess Championship 2018

Pada 21 Januari 2018 (Ahad), PCOKUNJ telah menghantar satu pasukan untuk bertanding dalam kejohanan catur berpasukan GACC di Universiti Malaya. Pasukan ini terdiri daripada Abdullah Salim, Nur Izzati Zakaria, Ahmad Nazmi Bin Md Nizam dan Aqilah Syahira Bt Ahmad. Secara keseluruhan, pasukan PCOKUNJ telah memberi tentangan sengit dan berjaya menduduki tangga ke 57 daripada 84 buah pasukan yang bertanding. Syabas di ucapkan kepada semua pemain dan di harap telah menimba pengalaman yang sangat berguna untuk terus maju di masa akan datang.







Friday 12 January 2018

Kunjungan ke Maktab Sultan Abu Bakar

Pada 10 Januari 2018, persatuan telah membuat kunjungan ke Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Kunjungan ini adalah untuk memperkenalkan persatuan ke sekolah-sekolah pendidikan khas demi mengembang dan mencungkil bakat-bakat baru atlet Para Negeri Johor khususnya. Pihak persatuan sangat berterima kasih kepada guru pendidikan khas, Cikgu Ali dan Cikgu Moira serta kakitangan yang lain menerima kedatangan kami. Semoga jalinan kerjasama boleh diteruskan di masa akan datang.





Sunday 7 January 2018

1ST MALAYSIA LIONS INTERNATIONAL CHESS CHAMPIONSHIP FOR THE DISABLE (SOUTHERN ZONE)

Satu kejohanan peringkat Zone Selatan akan di anjurkan pada :

Tarikh : 28 Januari 2018 (Ahad)
Masa : 8:30 Pagi - 5.00 petang
Tempat : Aras 3, Wetex Parade, Muar, Johor
Kategori : B1/B2&B3 (Masalah Penglihatan), Fizikal, Pekak dan Kerdil.

Untuk makluman lanjut sila hubungi/wassap/sms Dr Nasrul : 019-7013268. Untuk makluman juga PCOKUNJ adalah penganjur bersama di mana penganjur utama kejohanan ini adalah Kelab Lion Malaysia dan Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia.




Catur Sabtu Pertama Januari 2018


6 Januari 2018 - Buat pertama kalinya PCOKUNJ menganjurkan bersama Kejohanan Catur Sabtu Pertama bersama-sama dengan penganjur utama, Kelab Catur Staf UTM. PCOKUNJ menyediakan hadiah khas kepada peserta OKU yang menyertai kejohanan ini sebagai galakan dan latihan bulanan pemain-pemain OKU Johor dalam persediaan menyertai kejohanan di peringkat kebangsaan yang lebih besar. Syabas kepada Aqilah Syahira dan Lim Yee Jin kerana masing-masing memenangi hadiah khas OKU dalam kategori terbuka dan bawah 17 tahun. Semoga lebih ramai lagi pemain-pemain OKU yang akan menyertai kejohanan bulanan setiap sabtu pertama ini dalam usaha PCOKUNJ mencungkil bakat-bakat baru.

Aqilah Syahira Ahmad
Lim Yee Jin
Aqilah vs Taulani
Lim Yee Jin sedang beraksi