Sunday 7 April 2019

JOHOR MUNCUL JUARA DI KEJUARAAN CATUR OKU KEBANGSAAN 2019

7 April 2019 - Bertempat di Pusat Kecemerlangan Paralimpik di Kg Pandan, Kuala Lumpur, pasukan catur para negeri Johor telah muncul sebagai Johan keseluruhan bagi Kejuaraan Catur OKU 2019 peringkat kebangsaan. Kontingen negeri Johor yang terdiri daripada 16 atlet dan 5 pegawai pengiring telah berjaya membawa pulang pingat seperti berikut :
  • EMAS - Berpasukan P1W (Aqilah dan Lim Yee Jin) & Berpasukan B1W (Moira dan Junainah)
  • PERAK - Individu B1W (Moira), Individu P1W (Aqilah), Individu B2B3L (Hanson), Berpasukan B2B3L (Hanson, Farhan dan Amirul Faiz)
  • GANGSA - Individu B1W (Junainah), Berpasukan B1L (Sukrey, Arif dan Ammar), Berpasukan B2B3W (Seri Izdihar, Noryn Sofea dan Natasya)
Bersama En Azmil dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor sebelum bertolak ke Kuala Lumpur
Kontingen negeri Johor - Jurulatih Marlia tiada dalam gambar (pergi kuliah)

Pihak persatuan ingin merakamkan setinggi tahniah kepada semua atlet yang terlibat dalam memastikan kejayaan negeri Johor mengungguli  kejuaraan ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor yang memberi sokongan dan membiayai kontingen Johor ke kejuaraan ini. Semoga dengan kejayaan ini memberi pemangkin kepada semua atlet dalam persediaan menghadapi Sukan Para Sukma 2020 yang akan menyaksikan Johor sebagai tuan rumah.

Pasukan Johor diumumkan sebagai Johan Keseluruhan Kejuaraan

GANGSA B1L - Arif, Ammar dan Sukrey

PERAK B2B3L - Farhan, Amirul Faiz dan Hanson

GANGSA B2B3W - Noryn Sofea, Natasya dan Seri Izdihar

EMAS P1W - Lim Yee Jin dan Aqilah Syahira

EMAS B1W - Moira dan Junainah

Jejaka dari Kategori P1L - Hairul, Ahmad Jais dan Ruzaini

Suasana Kejohanan - Jurulatih (Nasrul dan Sharina) memerhati gerakan pemain sambil menjeling kamera

Sukrey sedang beraksi, permainan semakin meningkat

Ahmad Jais sedang berusaha Checkmate lawannya sambil diperhati rakan yang penuh debaran (jangan stalemate sudahh!)

Sementara itu, kejuaraan kali ini juga sangat istimewa buat Aqilah kerana sambutan hari lahir beliau telah diraikan bersama-sama dengan rakan seperjuangan. Semoga ukhuwah dikalangan atlet dan pegawai terus kukuh demi memastikan semuanya bergerak dalam satu pasukan.

Birthday Girl - Aqilah yang bertambah setahun lagi usianya. Semoga terus bahagia bersama insan tersayang.

Terima kasih kepada Penaja Baju T-shirt untuk kontingen.