Thursday 18 August 2022

TAHNIAH AINUL MARDHIAH! JOHAN U12W DI KEJOHANAN CATUR MSSJ 2022

Setingi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ainul Mardhiah Mohd Afif di atas kejayaan cemerlang pada kejohanan catur MSSJ 2022 yang telah berlangsung pada 16 - 18 Ogos 2022 bertempat di Segamat. Dengan kejayaan ini, beliau telah melayakkan ke Kejohanan  MSSM 2022 yang akan berlangsung di Sabah pada awal September nanti. Semoga Ainul dapat meneruskan kecemerlangan di peringkat kebangsaan kelak.


Terdahulu, adiknya Abdurrahman telah berjaya menjadi Johan di kejohanan Lotus's Mutiara Rini, Skudai yang disertai oleh 33 peserta bawah U12. Semoga terus cemerlang di masa akan datang.





Monday 15 August 2022

KEJOHANAN CATUR DI AMBANG MERDEKA 2022

Bagi mengumpul dana atlet ke Para Sukma, satu Kejohanan Catur Di Ambang Merdeka akan dijalankan seperti butiran berikut:

Kejohanan Catur Di Ambang Merdeka 2022

Tarikh :  30 OGOS 2022 (SELASA)
Masa : 9 MALAM - 11.00 MALAM
Format : ARENA Rated (Kawalan masa 10 minit) - No Berserk
Platform : LICHESS. org
Kategori : Open, U17 dan U12
Yuran : Terbuka (RM15), U17 dan U12 (RM10)

Semua dijemput untuk memeriahkan kejohanan di ambang merdeka ini dengan mengisi maklumat di pautan berikut :


Kerjasama dan sokongan anda amat kami hargai.