Friday 18 June 2021

INSPIRE I-TRAIN 2021 : CATUR (TERBUKA UNTUK SEMUA PEMAIN TAHAP BEGINNER WARGANEGARA MALAYSIA SAHAJA)


PENCARIAN BAKAT-BAKAT BARU


SEBUAH PROGRAM MENCUNGKIL BAKAT BARU OKU DAN JEMPUTAN JUGA KEPADA MEREKA YANG BUKAN OKU YANG DI TAHAP BEGINNER DARI SELURUH NEGARA UNTUK BERSAMA-SAMA MEMPELAJARI ASAS CATUR DAN PENDEDAHAN PERTANDINGAN SECARA ATAS TALIAN.

  • Adakah anda merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) dari Negeri Johor dan Pahang yang berminat untuk mendalami catur? 
  • Berminat untuk menjadi sebahagian Team Para Catur Negeri Johor atau Pahang di masa akan datang?
  • Jom sertai kami dalam program INSPIRE I-TRAIN yang di anjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Kementerian Belia dan Sukan di mana dikendalikan bersama dengan PCOKUNJ dan PGDBP.
  • Dikendali juga oleh Team STEM-RBTK UTM bagi penyediaan modul lengkap dan teknikal.
  • Program ini dijalankan setiap hari Sabtu selama 3 jam bermula 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari secara atas talian (BERMULA 26 JUN 2021 HINGGA 24 JULAI 2021). 
    1. Siri 1 : 26 Jun 2021 (Sabtu) : 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari (Kelas Catur)
    2. Siri 2 : 3 Julai 2021 (Sabtu) : 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari (Kelas Catur)
    3. Siri 3 : 10 Julai 2021 (Sabtu) : 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari (Kelas + Pertandingan beginner sahaja - Hadiah wang Tunai untuk dimenangi)
    4. Siri 4 : 17 Julai 2021 (Sabtu) : 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari (Kelas + Pertandingan Beginner sahaja - Hadiah wang Tunai untuk dimenangi)
    5. Siri 5 : 24 Julai 2021 (Sabtu) : 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari (Kelas + Pertandingan Terbuka - Hadiah wang Tunai untuk dimenangi)
  • Sebanyak 5 siri akan dijalankan iaitu Kelas Pengenalan Permainan Catur, Undang-undang antarabangsa, Taktik dan Strategi Asas dan pengenalan platform bermain catur secara online. Terdapat 2 siri di mana semua peserta di dalam kumpulan i-Train berpeluang bertanding sesama sendiri dengan hadiah wang tunai disediakan kepada para pemenang. Details akan di beri pada Siri 1.
  • Di akhir program ini di harap semua peserta dapat bermain catur dengan pergerakan dan undang-undang yang betul dan seterusnya menjadi platform permulaan untuk menjadi seorang JUARA catur!
  • Oleh kerana Program ini diadakan secara atas talian, pihak PCOKUNJ berbesar hati menjemput semua warganegara Malaysia di seluruh negara/semua negeri YANG MASIH BEGINNER dan bukan OKU, terutama pelajar-pelajar sekolah, guru-guru dan penggiat catur yang ingin turut bersama-sama dalam program ini agar memberi manfaat bersama dalam pembangunan sukan catur di dalam negara. 
  • Memandangkan program ini adalah bagi memperkenalkan sukan catur dan mendedahkan asas pergerakan dan strategi catur, maka program ini hanya di buka kepada: PELAJAR PENDIDIKAN KHAS, PELAJAR SEKOLAH DAN GURU-GURU KELAB CATUR.
  • Tenaga pengajar adalah terdiri daripada Barisan Pegawai dan Jurulatih Pasukan Catur Para Negeri Johor dan pemain negeri yang berpengalaman diketuai oleh PM Ir. Ts. Dr Nasrul Humaimi (FIDE Instructor).
  • LINK PENDAFTARAN LENGKAP (SILA PASTIKAN ISI SATU SAHAJA MENGIKUT KATEGORI ANDA)
    1. KATEGORI OKU + GURU PENGIRING PELAJAR OKU/PENDIDIKAN KHAS DARI JOHOR DAN PAHANG (YURAN PERCUMA) : http://bit.ly/inspireitrainjohor
    2. KATEGORI SELAIN OKU DAN NO.1 (YURAN RM30) : bit.ly/InspireJohor2020