Saturday 7 January 2023

3rd MALAYSIA LIONS CLUB INTERNATIONAL CHESS CHAMPIONSHIP 2023 (SOUTHERN REGION)

7 JANUARI 2023, SABTU : Bertempat di Paragon Market, Kg Melayu Majidee, satu kejohanan catur yang dianjurkan oleh Lions Club International telah berlangsung dengan jayanya bermula jam 10 pagi hingga 6 petang. Kejohanan ini telah disertai oleh seramai 31 orang pemain Orang Kurang Upaya dari pelbagai daerah dan negeri khususnya mereka di bahagian selatan tanahair (Southern Region). 

PCOKUNJ bertindak selaku rakan kolaborasi dalam pertandingan ini dengan menyediakan arbiter dan peralatan sepanjang kejohanan. Kejohanan ini juga merupakan salah satu siri kejohanan jelajah seluruh negara, di mana 10 pemain terbaik daripada setiap REGION akan mewakili region masing-masing untuk bertanding di peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada bulan Mac 2023. Kejohanan ini juga ditaja oleh Paragon Market (sebagai tempat rasmi kejohanan) dan Marrybrown (makanan percuma tengahari).

Berikut adalah 10 pemain (mengikut kedudukan akhir) yang terpilih dan gambar2-gambar secara rawak sekitar kejohanan berlangsung. 

  1. HANSON ANG PING TING
  2. AHMAD JAIS BIN PANI
  3. THARSSHEN A/L GOVIKRISHNAN
  4. ABDURRAHMAN BIN MOHD AFIF
  5. WONG YI HENG
  6. MOHAMAD FARHAN SHUKRY BIN JAMIL
  7. AZRIL BIN CHE IBRAHIM
  8. MOHAMAD KAMARULHAKIM BIN MOHAMAD
  9. LIM YEE JIN
  10. MUHAMMAD AMMAR BIN IBRAHIM ISTAR