Sunday, 7 April 2019

JOHOR MUNCUL JUARA DI KEJUARAAN CATUR OKU KEBANGSAAN 2019

7 April 2019 - Bertempat di Pusat Kecemerlangan Paralimpik di Kg Pandan, Kuala Lumpur, pasukan catur para negeri Johor telah muncul sebagai Johan keseluruhan bagi Kejuaraan Catur OKU 2019 peringkat kebangsaan. Kontingen negeri Johor yang terdiri daripada 16 atlet dan 5 pegawai pengiring telah berjaya membawa pulang pingat seperti berikut :
  • EMAS - Berpasukan P1W (Aqilah dan Lim Yee Jin) & Berpasukan B1W (Moira dan Junainah)
  • PERAK - Individu B1W (Moira), Individu P1W (Aqilah), Individu B2B3L (Hanson), Berpasukan B2B3L (Hanson, Farhan dan Amirul Faiz)
  • GANGSA - Individu B1W (Junainah), Berpasukan B1L (Sukrey, Arif dan Ammar), Berpasukan B2B3W (Seri Izdihar, Noryn Sofea dan Natasya)
Bersama En Azmil dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor sebelum bertolak ke Kuala Lumpur
Kontingen negeri Johor - Jurulatih Marlia tiada dalam gambar (pergi kuliah)

Pihak persatuan ingin merakamkan setinggi tahniah kepada semua atlet yang terlibat dalam memastikan kejayaan negeri Johor mengungguli  kejuaraan ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor yang memberi sokongan dan membiayai kontingen Johor ke kejuaraan ini. Semoga dengan kejayaan ini memberi pemangkin kepada semua atlet dalam persediaan menghadapi Sukan Para Sukma 2020 yang akan menyaksikan Johor sebagai tuan rumah.

Pasukan Johor diumumkan sebagai Johan Keseluruhan Kejuaraan

GANGSA B1L - Arif, Ammar dan Sukrey

PERAK B2B3L - Farhan, Amirul Faiz dan Hanson

GANGSA B2B3W - Noryn Sofea, Natasya dan Seri Izdihar

EMAS P1W - Lim Yee Jin dan Aqilah Syahira

EMAS B1W - Moira dan Junainah

Jejaka dari Kategori P1L - Hairul, Ahmad Jais dan Ruzaini

Suasana Kejohanan - Jurulatih (Nasrul dan Sharina) memerhati gerakan pemain sambil menjeling kamera

Sukrey sedang beraksi, permainan semakin meningkat

Ahmad Jais sedang berusaha Checkmate lawannya sambil diperhati rakan yang penuh debaran (jangan stalemate sudahh!)

Sementara itu, kejuaraan kali ini juga sangat istimewa buat Aqilah kerana sambutan hari lahir beliau telah diraikan bersama-sama dengan rakan seperjuangan. Semoga ukhuwah dikalangan atlet dan pegawai terus kukuh demi memastikan semuanya bergerak dalam satu pasukan.

Birthday Girl - Aqilah yang bertambah setahun lagi usianya. Semoga terus bahagia bersama insan tersayang.

Terima kasih kepada Penaja Baju T-shirt untuk kontingen.

Wednesday, 28 November 2018

PARA CATUR JOHOR MENGAUM DI PARA SUKMA XIX 2018

28 NOVEMBER 2018 - Setinggi-tinggi tahniah kepada Team Para Chess Johor kerana berjaya memenangi 8 pingat emas, 6 pingat perak dan 4 pingat gangsa di Temasya PARA SUKMA XIX 2018 yang berlangsung di Ipoh, Perak. PCOKUNJ ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam kejayaan ini. Semoga kecemerlangan ini diteruskan pada PARA SUKMA 2020 di mana Johor bakal menjadi tuan rumah.






 











Tuesday, 17 July 2018

KEJUARAAN CATUR ORANG KURANG UPAYA 2018

13 - 15 Julai 2018 - Bertempat di Pusat Kecemerlangan Paralimpik, Kg. Pandan, Kuala Lumpur, Pasukan Catur Para Johor telah menghantar seramai 13 atlet bertanding dalam pelbagai kategori. Syabas buat kontingen Johor kerana telah memenangi 1 emas, 3 perak dan 3 gangsa dalam kategori fizikal dan B2/B3. Bagi kategori B1, pasukan Johor telah memberi saingan kepada pasukan negeri lain dengan menduduki tangga ke-5.  Tahniah kepada semua pemenang dan yang kurang bernasib baik kali ini tebus semula nanti di Para Sukma. Terima kasih buat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor yang banyak menyumbang kepada kontingen paling ramai yang menghantar penyertaan pada kejuaraan kali ini. Semoga kejayaan ini mendorong semua atlet untuk lebih bersedia dan bersemangat untuk sukan Para Sukma yang akan berlangsung pada bulan Oktober nanti.

Kontingen Negeri Johor

Emas Berpasukan Fizikal Wanita - Aqilah & Yee Jin

Perak Berpasukan Lelaki B2/B3 - Hanson, Farhan & Aidil

Perak Berpasukan Wanita B2/B3 - Noryn, Chin Ning & Seri Izdihar

Perak Individu Wanita Fizikal - Lim Yee Jin

Gangsa Individu Wanita Fizikal - Aqilah Syahira

Gangsa B2/B3 Wanita - Seri Izdihar

Gangsa B2/B3 Individu Lelaki - Hanson 

Pasukan Johor bersama VIP/Penganjur

Ruzaini dan Hairul bersedia melawan

Perlawanan sengit antara Aqilah dan Safura

Menjamu selera di Saleha Nasi Lemak.

Dua board pertama Johor dengan lawan masing-masing

Arif Mahadir (B1 Lelaki)

Sukrey dan Aidit (B1 lelaki)

Thursday, 3 May 2018

45th Selangor Open Chess Tournament 2018

27 April 2018 - 1 May 2018 : Dua wakil tunggal PCOKUNJ iaitu Aqilah Syahira dan Seri Izdihar masing-masing memenangi hadiah terbaik bagi kategori OKU. Aqilah mendapat tempat kedua terbaik, manakala Seri Izdihar memenangi tempat ketiga. Selangor Open merupakan platform terbaik kepada mereka dalam persediaan ke Kejohanan Catur OKU Kebangsaan yang dijadualkan pada bulan Julai 2018 nanti serta persediaan awal skuad Johor bagi kejohanan Para Sukma di Perak. Syabas dan di harap lebih ramai pemain Johor tampil menyertai kejohanan-kejohanan berprestij seperti ini.

Aqilah Syahira menerima hadiah tempat kedua

Seri Izdihar memenangi tempat ketiga

Bersama dengan pemenang tempat pertama, Siti Safura dari Negeri Sembilan

Bersama dengan penganjur utama

Aqilah dan Siti Safura sedang beraksi

Seri Izdihar sedang beraksi

Wajah ceria Aqilah dan Siti Safura