Tuesday 16 March 2021

KEJOHANAN CATUR INTEGRASI NEGERI JOHOR 2021

Kejohanan Catur Integrasi Negeri Johor 2021 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Senggarang dan Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor.

Tarikh:                23hb March 2021 (Selasa) 
Masa :                 9.45 pagi (tepat) sehingga selesai
Kawalan masa : 7 minit + 1 second
Pusingan :          7 pusingan
Masa rehat selepas setiap pusingan : 2 minit

secara talian menggunakan platform  LICHESS      

Syarat Penyertaan:

  • Warga negeri Johor (bermaustautin/bekerja/pelajar IPT/pelajar sekolah) ATAU
  • Ahli Aktif PCOKUNJ (Sila semak di sini keahlian anda)
  • Mempunyai FIDE rating (STANDARD/RAPID/BLITZ) 1800 dan ke bawah (termasuk UNRATED)
  • Rating Lichess mestilah 1900 dan ke bawah sewaktu permulaan kejohanan.
  • Menggunakan ID Lichess yang didaftarkan sahaja (tidak boleh menukar di saat-saat akhir)

Hadiah (TOTAL HADIAH RM900)

JOHAN : RM200
NAIB JOHAN : RM150
KETIGA : RM100
KEEMPAT : RM50
KELIMA : RM50
KEENAM : RM50

BEST OF THE BEST OKU : RM100
BEST OKU (FIZIKAL) : RM50
BEST OKU (PENGLIHATAN) : RM50

BEST (PELAJAR SEKOLAH MENENGAH (JOHOR SHJ)) : RM50
BEST (PELAJAR SEKOLAH RENDAH (JOHOR SHJ)) : RM50

DISCLAIMER:
BAGI KATEGORI "BEST", HADIAH AKAN DIBERI SEKIRANYA JUMLAH MINIMUM PESERTA BAGI KATEGORI TERSEBUT ADALAH 5 ORANG.

Yuran pertandingan

Ahli aktif 2021 PCOKUNJ : PERCUMA
Selain ahli aktif PCOKUNJ : RM10

*Pendaftaran sebagai ahli PCOKUNJ sentiasa di buka (RM30-pertama kali (tahunan), RM20-renew (tahunan) dan RM100 bagi yuran seumur hidup) - KLIK DI SINI

PENYERTAAN

Jika belum ada id lichess, daftar dulu, klik NEW register di lichess.org

Langkah 1: 

Daftar di google form maklumat anda (WAJIB MENDAFTAR, PENGANJUR BERHAK MENOLAK PENYERTAAN SEKIRANYA TIDAK MENDAFTAR DI SINI)

https://forms.gle/4BGCFgeS5jPvFY1s7

Langkah 2: 

Klik Join team lichess dibawah (password: pcokunj)

https://lichess.org/team/intergrasi-catur-oku-dan-normal-johor-2021

Langkah 3: 

Klik Join pada Kejohanan Catur Integrasi 2021 

https://lichess.org/swiss/BIWjdjbx


Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 22hb Mac 2021 sebelum JAM 12 TENGAH MALAM. Penyertaan lewat akan di denda tambahan RM10.

Segala keputusan penganjur adalah MUKTAMAD. Penganjur BERHAK membatalkan hadiah sekiranya maklumat yang di beri adalah palsu dan segala keputusan adalah mengikut keputusan Lichess.

Hadiah akan di beri dalam masa 3 hari setelah keputusan rasmi dan maklumat akaun bank pemenang di beri kelak. Semua pemain digalakkan mengambil gambar sendiri semasa kejohanan dan berkongsi kepada penganjur melalui email okucaturjohor@gmail.com. Manakala semua pemenang WAJIB berkongsi gambar sewaktu kejohanan (Selfie etc).

Semua peserta akan diberikan SIJIL PENYERTAAN dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI 0197013268 (WHATSAPP LEBIH BAIK)

"Berlawanlah dengan semangat kesukanan demi sukan catur negara kita tanpa sebarang penipuan (seperti menggunakan enjin dan bantuan pemain lain), sesungguhnya Tuhan itu Maha melihat."