Saturday 31 July 2021

KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN CATUR TERBUKA REMAJA 2021

Jumaat, 30 Julai 2021 - Seramai 344 peserta remaja yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah (U17) dan Sekolah Rendah (U12) mengambil bahagian di dalam Kejohanan Catur Terbuka Remaja PCOKUNJ 2021 di platform LICHESS.org. Pertandingan yang berlangsung selama Satu Jam setengah ini menarik ramai peserta remaja dari seluruh negara. 

Bagi pihak penganjur, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan sekali lagi kami di beri kepercayaan oleh Kelab Catur Staf UTM untuk bersama-sama menganjurkan Kejohanan Catur Sabtu1 secara atas talian di platform LICHESS pada :

TARIKH : 7 OGOS 2021  (SABTU)

MASA : 9 PAGI - 12 TGHARI 

KAWALAN MASA : SWISS 20 MINIT SEORANG (RATED)

BIL. PUSINGAN : 7 PUSINGAN

MAKLUMAT LANJUThttp://kecas.fke.utm.my/catur-sabtu1-2021

LINK PENDAFTARANhttps://bit.ly/CaturSabtu12021

Beberapa gambar-gambar yang dikongsikan oleh beberapa peserta.






KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN CATUR REMAJA PCOKUNJ 2021








TAHNIAH PADA SEMUA PEMENANG. TERIMA KASIH PADA SEMUA PESERTA ATAS SOKONGAN ANDA.


Saturday 24 July 2021

TERIMA KASIH KEPADA PARA PESERTA KEJOHANAN TERBUKA INSPIRE I-TRAIN 2020

Sabtu, 24 Julai 2021 - Siri 5 Inspire i-Train melabuhkan tirai semalam dengan kehadiran 254 peserta bertanding merebut pelbagai hadiah yang ditawarkan. Kali ini, peserta Inspire i-Train berentap dengan jaguh-jaguh catur negara dan memberi tentangan yang sengit walaupun bermain dengan pemain yang mempunyai kekuatan lebih tinggi. Syabas dan tahniah kepada semua. Terima kasih juga buat para peserta yang bertanding. 

KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN






Atas permintaan ramai, memandangkan ada peserta yang inginkan supaya dipecahkan kategori berasingan, pihak kami mendengar rintihan ini dan menjemput sekali lagi kepada semua pemain catur remaja seluruh negara untuk menyertai Kejohanan Catur Terbuka Remaja PCOKUNJ 2021 yang di sokong oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor bagi terus memberi peluang kepada peserta untuk memperbaiki prestasi dari masa ke semasa. Semoga semua peserta mendapat manfaat dan bermain dengan penuh semangat kesukanan. Sila daftar melalui link di bawah:

https://bit.ly/pcokunjremaja2021


Sekitar pertandingan Kejohanan Terbuka Inspire I-Train 2020 yang berlangsung semalam di mana beberapa keping gambar telah di kongsi oleh para peserta:








Saturday 17 July 2021

SIRI 4 : NABIL FAIQ JOHAN PERTANDINGAN INSPIRE I-TRAIN SIRI 4

17 Julai 2021, SABTU : Muhammad Nabil Faiq telah dinobatkan sebagai Johan bagi Pertandingan Siri 4 Inspire I-Train 2020. Dengan memungut 6.5 mata daripada 7 pusingan, beliau menewaskan pencabar terdekatnya Ahmad Habib Safwan dan Wan Nasuha masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga. Seramai 108 peserta bermain pada pertandingan hari ini.

Bagi kategori OKU, Mohd Fairuz membuktikan beliau belum tercabar dengan pemain lain apabila muncul tempat pertama mendahului pencabar-pencabar terdekatnya Danesh, Rahisham, Norisah dan Nur Shakila masing-masing menduduki tangga kedua hingga kelima.

Perlawanan hari ini merupakan pengenalan kepada sistem SWISS sebanyak 7 pusingan dengan kawalan 15 minit. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang. Bagi yang kurang bernasib, ini bukanlah pengakhiran. Belajarlah dari kesilapan, semoga di masa akan datang masing-masing dapat memperbaiki corak permainan dengan lebih baik. Berikut adalah senarai pemenang lengkap dan gambar-gambar yang telah dikongsi oleh peserta (dengan keizinan) sepanjang kejohanan berlangsung. 

Bagi peminat catur di luar sana yang ingin turut serta bersama-sama peserta Inspire I-Train, bolehlah mendaftar SIRI 5 (24 JULAI 2021, SABTU, JAM 10 PAGI HINGGA 12 TGHARI) di link berikut (sila baca syarat2 di pautan berikut):

bit.ly/OpenInspire2020

Semoga dengan kehadiran jaguh-jaguh catur diluar sana dapat memberi satu pengalaman indah kepada peserta I-Train di mana mereka boleh bermain dengan anda yang lebih berpengalaman.










Friday 9 July 2021

SIRI 3 : INSPIRE I-TRAIN 2020 BERLANGSUNG DENGAN PENUH DEBARAN MENCARI SANG JUARA PERTAMA

Sabtu, 10 Julai 2021 - Seramai 115 peserta Inspire I-Train 2020 mengambil bahagian dalam kejohanan Arena Rapid dengan kawalan masa 10+1 pada hari ini. Pertandingan yang dijalankan secara atas talian menggunakan platform lichess.org berakhir dengan Muhammad Iman Kamil dinobatkan sebagai Johan keseluruhan, manakala Ahmad Habib Safwan dan Muhammad Nabil Faiq masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga. 

Sementara itu, Mohd Fairuz, Danesh, Rahisham, Nor Shazuan dan Nur Shakila mengungguli kategori Orang Kurang Upaya. Berikut adalah keputusan lengkap bagi kejohanan Siri 3 pada hari ini yang berlangsung dengan penuh semangat kesukanan di kalangan peserta. Syabas diucapkan pada semua. Kita akan berjumpa di Siri 4 dengan hadiah yang lebih menarik.

Bagi peminat catur di luar sana yang ingin bersama-sama memberi cabaran kepada peserta Inspire I-Train, boleh lah sama-sama bermain di siri 5 pada hari SABTU24hb Julai 2021 (Jam 10 hingga 11.59 pagi). Sila daftar selewat-lewatnya 15hb Julai 2021 untuk mendapatkan harga Yuran Early Bird. Layari link di bawah untuk mendaftarkan diri anda. Kami perlukan jaguh catur di luar sana untuk bersama-sama memeriahkan Inspire I-Train 2020. Klik link pendaftaran berikut dan jangan tunggu saat akhir:

bit.ly/OpenInspire2020

Beberapa aksi peserta yang sempat dirakamkan sepanjang kejohanan berlangsung.

Sunday 4 July 2021

JEMPUTAN MEMERIAHKAN KEJOHANAN CATUR TERBUKA BERSEMPENA PENUTUP INSPIRE I-TRAIN 2020

Pada 24 Julai 2021 (Sabtu), kami berbesar hati untuk menjemput seluruh warga catur di Malaysia untuk memeriahkan kejohanan catur terbuka bersempena penutup program Inspire I-Train 2020. Kejohanan ini terbuka untuk semua. 

Selepas dua Siri kejohanan (Siri 3 dan Siri 4) sesama atlet OKU dan peserta I-Train 2020, objektif kami adalah ingin memberi satu pengalaman yang sebenar kepada semua peserta Inspire I-Train 2020 bahawa mereka perlu berdepan dengan pemain-pemain pelbagai tahap di masa akan datang

Butir-butir kejohahan adalah seperti berikut :

Tarikh : 24 Julai 2021 (SABTU)
Masa : 10.00 pagi hingga 11.59 pagi
Platform : LICHESS (lichess.org)
Format : ARENA dengan kawalan masa 5+3 RATED (No Berserk)

Anjuran : Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor, Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor dan Persatuan Gimnastik Daerah Batu Pahat.

Makluman : Kejohanan ini hanya satu platform sahaja, BUKAN 5 platform berasingan mengikut kategori. Pemenang ditentukan berdasar kedudukan terbaik dan layak menerima satu hadiah tertinggi sahaja mengikut kategori masing-masing.

Syarat lain: Tidak perlu buka KAMERA. Hanya bermain dengan penuh Integriti dan sebarang salah laku daripada Lichess bukan tanggungjawab PENGANJUR/ARBITER.

Yuran penyertaan : 

Selepas 18hb JULAI 2021 :

RM 15 - (U17 DAN U12)
RM 20 - (TERBUKA/AWAM)
RM 5 - (OKU)

RM10 - (U17, U12)
RM15 - (Terbuka/Awam)
PERCUMA (PESERTA OKU serta PESERTA INSPIRE I-TRAIN 2020)

Yuran di atas adalah Early Bird iaitu selewat-lewatnya 15 Julai 2021. Selepas tarikh 15 Julai 2021, semua peserta di kenakan tambahan RM5.

Link pendaftaran dan syarat-syarat lain adalah seperti berikut : 


Senarai Hadiah :



Hadiah tambahan :

5 peserta SEKOLAH RENDAH dan 5 peserta SEKOLAH MENENGAH yang bertuah (cabutan bertuah berdasarkan list pemain) akan menerima E-BOOK CELIK CATUR yang bernilai hampir RM200 ringgit di sumbangkan oleh Penulis Buku Sendiri iaitu Encik Leng.


Sebarang pertanyaan sila hubungi 0197013268 (Nas) atau 0197048737 (Nik) atau 0182856589 (Husna) atau 0134359007 (Siti).

Terima kasih atas sokongan anda, semoga sumbangan bakat anda dapat memberi manfaat kepada peserta Inspire I-Train 2020 khususnya dalam pembangunan atlet OKU yang sedang dahagakan kejayaan seperti anda di masa akan datang.

Saturday 3 July 2021

SIRI 2 : BAHANG PERTANDINGAN ANTARA PESERTA SEMAKIN PANAS

Sabtu, 3 Julai 2021 : Bahang pertandingan di kalangan peserta Inspire I-Train menjadi semakin panas. Hampir kebanyakan peserta Inspire I-Train tidak sabar untuk bertanding pada siri 3 minggu hadapan bagi merebut hadiah bernilai RM900 secara keseluruhan dengan Johan membawa pulang RM150.

Pada hari ini di adakan pertandingan simulasi bagi memberi peluang semua peserta mencuba dan bertanyakan segala permasalahan cara-cara sertai kejohahan dan menganalisa permainan. Siri 2 hari ini merupakan Siri terakhir bagi Sesi Pembelajaran Catur untuk mereka yang masih baharu dalam dunia catur di mana mereka didedahkan petua-petua pada Fasa Bukamainan, Pertengahan Permainan dan Pengakhiran Permainan. Peserta juga di beri pengetahuan asas tektik dan strategi dalam Catur dan berpeluang untuk "explore" Lichess bersama Fasilitator.

Di akhir Sesi Siri 2, Puan Wardah Binti Hussin, Timbalan Pengarah Sukan, JBSN Negeri Johor, memberi kata-kata semangat dan berharap supaya semua peserta mendapat manfaat daripada program Inspire I-Train ini dan menjadi platform bagi melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan catur di negeri Johor khususnya dan seterusnya ke peringkat kebangsaan.


Ucapan Penutup daripada Timbalan Pengarah Sukan, JBSN Negeri Johor, Puan Wardah Binti Hussin

Sebahagian daripada Peserta yang mengikuti program Inspire I-Train Siri yang kedua pada hari ini.



Tiga pemenang bertuah bagi Siri 2 Inspire I-Train 2020 adalah seperti berikut :


JOHAN
Amni Adriana Binti Abdullah (SMKA Melor, Kelantan) - RM50


NAIB JOHAN
Nurbatrisyia Syafiqah Binti Shahrilzaila (SK Taman Universiti 4, Johor) - RM30


KETIGA
Muhammad Iman Kamil Bin Mohammad Fahmi (SK Setiawangsa, Kuala Lumpur) - RM20


Tahniah diucapkan kepada pemenang dan semoga meneruskan kecemerlangan dalam Siri seterusnya.