INSENTIF KEMENANGAN

SKIM INSENTIF KEMENANGAN BAHARU (BERKUATKUASA 1/7/2023)

Hasil Persetujuan Majlis Tertinggi PCOKUNJ, Skim Insentif Kemenangan kepada semua Ahli PCOKUNJ (AHLI PARA/OKU SAHAJA) yang baru diperkenalkan. Skim ini bertujuan menggalakkan lebih ramai atlet Para Catur Negeri Khususnya dan Negara Amnya lebih bersemangat untuk meningkatkan prestasi permainan masng-masing di samping memberi kelebihan dalam menentukan pemain terbaik buat negeri dan negara. Tuntutan Skim ini HANYA SAH bagi mana-mana kenaikan rating bermula 1 Julai 2023 sehingga 31 Disember 2023 dan akan dilihat semula kesesuaiannya.

SKIM GANGSA

RM 300

UNTUK MEREKA YANG MEMPUNYAI KENAIKAN RATING FIDE CLASSICAL SEBANYAK 100 (TERHAD KEPADA 3 PENERIMA PERTAMA SAHAJA)

SKIM PERAK

RM 500

UNTUK MEREKA YANG MEMPUNYAI KENAIKAN RATING FIDE CLASSICAL SEBANYAK 200 (TERHAD KEPADA 3 PENERIMA PERTAMA SAHAJA)

SKIM EMAS

RM 800 

UNTUK MEREKA YANG MEMPUNYAI KENAIKAN RATING FIDE CLASSICAL SEBANYAK 300 (TERHAD KEPADA 3 PENERIMA PERTAMA SAHAJA)

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN?

1) Pastikan anda merupakan ahli berdaftar aktif atau seumur hidup semasa membuat tuntutan. Oleh itu, disarankan untuk menjadi ahli PCOKUNJ jika anda benar-benar ingin menyahut cabaran ini.

2) Sila daftar keahlian atau semak keahlian anda di sini : http://pcokunj.blogspot.com/p/keahlian-untuk-mendaftar-sementara.html

3) Pastikan anda merupakan pemegang kad OKU yang sah.

4) Unrated player tidak dikira sebagai kenaikan rating. Pastikan ada rating semasa dan buktikan kenaikan melalui website FIDE.

4) Rating Classical FIDE sahaja dikira alam pemberian insentif ini. 

Contoh KES pemenang insentif pertama (SKIM GANGSA): Rating asal adalah 1175 pada bulan Jun kemudian bermula Julai, Rating telah naik kepada 1351, bermakna ada kenaikan 176 dan melayakkan anda untuk menerima insentif SKIM GANGSA bernilai RM300. Bermakna masih ada dua slot untuk pemenang SKIM GANGSA. 

Untuk kelayakan seterusnya, penerima insentif ini perlu bermula pada 1351 kerana ini merupakan rating terakhirnya (iaitu rating semasanya). 


5) Keputusan Majlis Tertinggi adalah muktamad.

BAGI YANG INGIN MENYUMBANG KEPADA PEMBANGUNAN OKU, JADILAH AHLI PCOKUNJ, SECARA TIDAK LANGSUNG ANDA TELAH MENYUMBANG KEPADA SKIM INI.

"KEJAYAAN WARGA OKU TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA"