PERLEMBAGAAN



Perlembagaan Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor terdiri daripada 31 Fasal. Semua ahli berdaftar layak menerima perlembagaan ini secara hardcopy/softcopy. Sila mohon perlembagaan lengkap setelah menjadi ahli berdaftar persatuan ini.

Petikan beberapa Fasal penting.


FASAL 6 . KEAHLIAN

6.1 Ahli Gabungan
Penerimaan ahli gabungan adalah terdiri daripada Persatuan Catur Orang Kurang Upaya peringkat daerah yang sah berdaftar di Pejabat Pesuruhjaya Sukan.
6.2 Ahli Individu
Terdiri daripada mana-mana individu yang berminat, penggiat dan penggerak sukan catur.
6.3 Ahli Bersekutu
Terdiri daripada persatuan, kelab dan pertubuhan yang menjalankan berbagai kegiatan sukan selain dari sukan catur orang kurang upaya dan berdaftar secara sah di sisi undang-undang.
6.4 Ahli Kehormat
Terdiri daripada individu-individu yang pernah berjas kepada persatuan atau individu-individu yang boleh memberi sumbangan kepada persatuan yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk.
FASAL 7. YURAN KEAHLIAN
7.1 Setiap ahli hendaklah membayar yuran pendaftaran dan tahunan kepada persatuan seperti berikut :
Ahli Gabungan : RM 10 + RM 200 (Yuran pendaftaran + Yuran Tahunan)
Ahli Individu : RM 10 + RM 20 (Yuran pendaftaran + Yuran Tahunan)
Ahli Bersekutu : RM 10 + RM 100 (Yuran pendaftaran + Yuran Tahunan)
Ahli Kehormat : PERCUMA

Jawatankuasa juga bersetuju untuk Yuran Ahli Individu bagi Seumur adalah RM100.
7.2 Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak lewat dari 1 Februari tiap-tiap tahun kepada Bendahari. Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli berkenaan tidak boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan.
7.3 Kegagalan untuk menjelaskan yuran tahunan dalam tempoh 1 tahun menyebabkan keahliannya terbatal.
FASAL 10. HAK MENGUNDI DALAM MESYUARAT AGUNG
10.1 Ahli Gabungan
Semua ahli gabungan yang membayar yuran sebelum atau pada 1 Februari berhak untuk mengundi sebanyak 3 undi setiap ahli gabungan dan boleh diundi dalam Mesyuarat Agung
10.2 Ahli Individu
Semua ahli individu yang membayar yuran tahunan sebelum 1 Februari tahun tersebut adalah berhak untuk mengundi dalam nisbah 1:10 dan boleh diundi dalam Mesyuarat tersebut.
10.3 Ahli Bersekutu
Ahli Bersekutu tidak berhak mengundi dan diundi tetapi boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan sebagai pemerhati.
10.4 Ahli Kehormat
Ahli Kehormat tidak berhak mengundi dan diundi tetapi boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan sebagai pemerhati.