Saturday 26 June 2021

SIRI 1 : 134 PESERTA SERTAI INSPIRE I-TRAIN 2020

26 Jun 2021 (Sabtu) : Seramai 134 peserta telah mendaftar bagi program Inpire I-Train yang telah dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor yang diadakan secara atas talian. Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat baru bagi mereka yang berminat untuk mendalami sukan catur, khususnya mencari pelapis bagi pasukan catur para negeri Johor. 

Pada Siri 1, peserta telah di dedahkan asas dalam permainan catur seperti penyusunan dan pergerakan buah catur, serta undang-undang dalam permainan catur. Siri 2 akan bersambung pada minggu hadapan dengan pendedahan taktik dan strategi di dalam permainan catur termasuk beberapa petua dalam buka mainan, pertengahan permainan dan pengakhiran permainan. Berikut adalah sedutan dari program hari ini :






Sementara itu, 3 peserta telah berjaya memenangi hadiah wang tunai di atas kepantasan dan ketepatan menjawab 10 soalan kuiz catur. Tahniah diucapkan kepada :
 
Johan
NUR QAIRINA NAWWARAH BT MOHD. NAWIR (SK Seri Intan, Johor) - RM50


Naib Johan :  
NUR ADAWIYAH FARHA BINTI SHAHIDIN (SMKA Bandar Penawar, Johor) - RM 30


Ketiga
NUR INSYIRAH BINTI ISMAIL (SK Taman Universiti 4, Johor) - RM 20


Siri 1 ditangguhkan dan bersambung semula pada Siri 2, Sabtu, 3 Julai 2021.