Sunday 28 January 2018

Hanson Juara Kejohanan Catur OKU Zon Selatan.

28hb Januari 2018 (Ahad) - Dengan mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang 6 pusingan, Hanson Ang Ping Ting (pemain negeri Johor) dinobatkan sebagai Johan bagi Kejohanan Catur OKU Zon Selatan yang diadakan di Wetex Parade, Muar, Johor. Kejohanan ini dianjurkan oleh Lions Club International bersama-sama dengan Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia (PCOKUM) dan Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor (PCOKUNJ). Hanson, juga merupakan seorang guru di SK Sri Pulai Perdana, sebelum ini pernah menduduki kelompok 10 terbaik di Zon Tengah, walaubagaimanapun beliau yang memilih untuk bertanding sekali lagi di Zon Selatan, ternyata unggul dengan 5.5 mata sekaligus terpilih untuk mewakili Zon Selatan ke Kejohanan peringkat kebangsaan. Tempat kedua di menangi oleh Hj Shaharudin Bin Sidek dari Negeri Sembilan manakala seorang lagi pemain negeri Johor, Mohamad Farhan Syukri Bin Jamil menduduki tangga ketiga. Sementara itu, pemain Johor yang mengisi slot 10 pemain terbaik untuk mewakili Zon Selatan adalah Aqilah Syahira Ahmad, Mohamad Ruzaini dan Lim Yee Jin.

PCOKUNJ sangat berterima kasih kepada semua peserta yang bertanding pada kejohanan ini terutama kepada Maktab Sultan Abu Bakar (English College) yang telah menghantar jumlah penyertaan yang paling ramai dalam kejohanan ini. Diharap dengan pendedahan dan pengalaman yang ditimba daripada semua pemain akan menjadi titik tolak kepada kepada melahirkan bakat-bakat baru dalam usaha negeri Johor khususnya menghadapi sukan Paralimpiad 2018 dan bersedia dengan atlet yang lengkap pada sukan Paralimpiad 2020 di mana Johor merupakan tuan rumah.

Terima kasih kepada Lions Club International atas kesungguhan dan ketelitian dalam menjayakan kejohanan ini. Syabas kepada yang berjaya, kepada yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa, kerana kegagalan hari ini adalah permulaan kejayaan di masa akan datang.

 Hanson Ang Ping Ting bersama hadiah yang dimenangi
 Tiga teratas - Hanson (Johan), Hj Shaharuddin (Naib Johan), Farhan (Ketiga)
10 pemenang terbaik yang akan mewakil Zon Selatan
Suasana Pertandingan
Suasana Pertandingan
Suasana Pertandingan
Suasana Pertandingan
Suasana Pertandingan
Suasana Pertandingan
Suasana Pertandingan
Barisan Lions Club International
Presiden PCOKUNJ, Dr Nasrul menerima cenderahati dari Lions
Sambutan Hari Jadi Lim Yee Jin
Aqilah Syahira Ahmad (PCOKUNJ) - Top 10
Ruzaini (PCOKUNJ) - Top 10
Lim Yee Jin (PCOKUNJ) - Top 10
Lions Club International bersama sebahagian pemain
 Jawatankuasa penganjur - Lions Club International
Jawatankuasa penganjur - Lions Club International