PCOKUNJ ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Adik Muhammad Danish Arif bin Mohd Afif serta Ainul Mardhiah Mohd Afif dari SK Temenggong Ibrahim Penggaram atas prestasi cemerlang kerana masing-masing menjuarai kategori Bawah 15 Tahun Lelaki (U15L) dan Bawah 12 Tahun Perempuan (U12P) di Kejohanan MSSD Batu Pahat 2022. Syabas dan semoga semua atlet catur Para yang lain terus berusaha dan menjadikan kejayaan adik beradik ini sebagai inspirasi untuk terus berjaya.
Wednesday, 27 July 2022
Thursday, 21 July 2022
Tahniah adik Abdurrahman dan Ainul Mardhiah!
Pada 12 Julai 2022 telah berlangsung pertandingan catur peringkat cawangan penggaram MSSC Penggaram. Seramai 114 peserta bawah 12 tahun telah mengambil bahagian. Keputusan akhir telah menyaksikan 2 orang ahli Persatuan Catur Kurang Upaya Negeri Johor telah mendapat Johan untuk kategori lelaki dan perempuan. Abdurrahman bin Mohd Afif muncul sebagai Johan Lelaki U12 dan Ainul Mardhiah binti Mohd Afif telah mendapat Juara U12 perempuan. Syabas diucapkan kepada kedua-duanya dan mereka berdua juga telah layak menerima insentif RM70 bagi kejayaan dalam acara tempatan.
Wednesday, 20 July 2022
SELAMAT BERJUANG KEPADA HANSON DAN SERI IZDIHAR
PCOKUNJ ingin mengucapkan setinggi-tingi tahniah kepada dua atlet Johor iaitu Hanson Ang Ping Ting dan Seri Izdihar Mohd Shoberi kerana terpilih mewakili negara di Sukan Para Asean, Solo, Indonesia 2022. Mereka akan bertanding bagi kategori B2/B3 bersama dua lagi pemain iaitu Mahadir dan Swee Lan.
Semoga berjaya mengharumkan nama negara.
Friday, 1 July 2022
Asian Junior Online Championship For Players With Disabilities 2022 - Tahniah Ainul Mardhiah dan Lim Yee Jin!
PCOKUNJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Ainul Mardhiah Mohd Afif atas kejayaan mendapat tempat kedua di Kejohanan Asian Junior Online Championship for Players with Disabilities 2022 yang disertai oleh peserta dari Kazakhstan, Bangladesh, Philipines, iran dan Kyrgystan.
Syabas juga buat Lim Yee Jin atas kejayaan mendapat tempat ke-4 keseluruhan. Kedua-dua pemain ini telah layak menerima insentif kemenangan daripada persatuan.
Tahniah dan semoga teruskan kecemerlangan di masa akan datang. Kepada atlet-atlet Johor yang lain, jadikan kejayaan ini sebagai motivasi untuk terus berusaha lebih keras dalam pertandingan catur yang disertai.
Berita penuh ada di SINI.
Monday, 30 May 2022
BENGKEL PENGGERAK SUKAN OKU KEBANGSAAN 2022
Dua wakil PCOKUNJ diberi peluang untuk hadir bersama ke bengkel selama 3 hari ini (24 hingga 26 Mei 2022) anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Mereka terdiri daripada Dr Nasrul Humaimi dan En Hanson Ang Ping Ting. Aktiviti dan perbincangan sepanjang bengkel ini diharap dapat meningkatkan kesedaran kepada semua pegawai belia dan sukan serta penggerak-penggerak di setiap negeri mengenai kaedah pengurusan dan pengendalian sukan OKU secara menyeluruh dan lebih terperinci di dalam matlamat mencari bakat-bakat baru atlet para secara amnya.




















.jpeg)


