Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor atau singkatannya PCOKUNJ telah didaftar secara rasminya pada 28 Ogos 2017 (9027/2107). Objektif persatuan adalah:
- untuk membangun, menggalak dan mempromosikan sukan catur OKU di seluruh negeri Johor;
- untuk merancang dan membangunkan atlet, pegawai, jurulatih dan mencungkil bakat baru;
- untuk melahirkan atlet yang berpotensi bagi mewakili negara dalam mana-mana pertandingan sukan catur OKU di peringkat antarabangsa;
- untuk menggalakkan pembangunan sukan di peringkat akar umbi dan
- untuk mewakili negeri Johor sebagai Ahli Gabungan dalam Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia (PCOKUM).
Pihak persatuan mengalu-alukan sebarang bentuk penajaan. Sekiranya penajaan dalam bentuk wang tunai, bolehlah di masukkan ke akaun persatuan seperti berikut:
- Nama Akaun : Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor
- Nombor Akaun : 01041010075421
- Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Acknowledgement :
Logo persatuan telah dicipta oleh Mohamad Muslihuddin Razali (pelajar Kejuruteraan Mekanikal, UTM).