Monday, 27 September 2021

HARI SUKAN NEGARA 2021

Bersempena dengan Hari Sukan Negara 2021, Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor dengan sokongan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor akan menganjurkan Kejohanan Catur Terbuka mengikut butiran berikut :

Tarikh : 8 Oktober 2021 (Jumaat)
Masa : 9.00 malam hingga 10.40 malam
Format : Arena Rated (No Berserk)
Kawalan Masa : 7 minit seorang
Makluman lain : Tidak perlu kamera, bermainlah dengan penuh semangat kesukanan dan jujur demi Hari Sukan Negara.
Platform : LICHESS

LINK PENDAFTARAN https://bit.ly/CaturHSN2021 

Daftar sekarang, jangan lepaskan peluang meraikan Hari Sukan Negara 2021





Thursday, 16 September 2021

KEPUTUSAN RASMI CATUR REMAJA SIRI 3

Berikut adalah keputusan rasmi catur remaja siri 3. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Yang kurang bernasib baik, cuba lagi di masa akan datang.





Saturday, 28 August 2021

KEJOHANAN CATUR REMAJA SIRI 3 2021

Salam Sejahtera,

Menjelang Hari Malaysia, PCOKUNJ berbesar hati untuk menjemput semua pemain catur remaja untuk bersama-sama menyertai Kejohanan Catur Remaja Siri 3 seperti butiran berikut :


Tarikh : 15 SEPTEMBER 2021 (RABU)
Masa : 9 MALAM - 10.40 MALAM
Format : ARENA Rated (Kawalan masa 7 minit) - No Berserk
Platform : LICHESS. org


Makluman :

1) TIDAK PERLU MEMBUKA KAMERA/ZOOM...HANYA BERMAIN SAHAJA DENGAN PENUH INTEGRITI. MALAYSIA SUDAH LAMA MERDEKA, JANGAN DIKOTORI DENGAN PENIPUAN.

TARIKH TUTUP : 5 PETANG, RABU 15 SEPTEMBER 2021

Bagi mereka yang belum ada ID Lichess atau pertama kali dengan LICHESS, boleh rujuk di sini bagaimana untuk buka akaun sendiri : 

https://youtu.be/KoOEvTSpvkU

Atas cadangan ramai MENGASINGKAN KATEGORI kami akan adakan 4 kategori berasingan:

1) 17 TAHUN BAN KE BAWAH (LELAKI) - U17L
2) 17 TAHUN DAN KE BAWAH (PEREMPUAN) - U17P
3) 12 TAHUN DAN KE BAWAH (LELAKI) - U12L
4) 12 TAHUN DAN KE BAWAH (PEREMPUAN) -U12P


YURAN:
RM 5 SAHAJA bagi semua kategori.

SILA MASUK KE LINK PENDAFTARAN INI UNTUK MAKLUMAT LANJUT KEJOHANAN INI:


Sebarang pertanyaan Hubungi urusetia: 013-4359007 (Marlia) atau  018-2856589 (Husna) 



Monday, 16 August 2021

TAHNIAH LIM YEE JIN - NO 4 DI ASIAN JUNIOR PARA CHESS CHAMPIONSHIP 2021

15 OGOS 2021 - Tahniah kepada Lim Yee Jin kerana berjaya menduduki tangga ke-4 di belakang pemenang pingat emas, R P Kanishri dari India, pemenang pingat perak, Daria Kudainazarova dari Kyrgyzstan dan Sukanna Marufa Azad dari Bangladesh. Kejayaan ini amat membanggakan kerana telah berjaya menduduki Top-5 Asian. Dengan kemenangan ini, beliau layak mendapat insentif kejayaan daripada PCOKUNJ atas semangat juang yang ditunjukkan.

Sementara itu, bagi kategori lelaki, Dhanesh Gobinath berjaya menduduki tangga ke -12 manakala Tharssen Govikrishnaarssen di tangga ke 22. Semoga pengalaman bermain di peringkat antarabangsa ini menjadi pembakar semangat untuk terus maju dalam kejohanan akan datang.

Berita penuh :

https://malaysiachess.org/news/asian-para-juniors-2021/

Saturday, 14 August 2021

KEPUTUSAN KEJOHANAN REMAJA SIRI 2

13 Ogos 2021 (Jumaat) : Berikut merupakan keputusan dan senarai pemenang lengkap bagi Kejohanan Catur Remaja 2021 (SIRI 2). Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua peserta yang bertanding dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi.








Beberapa aksi peserta yang dikongsi sepanjang kejohanan.