Thursday, 3 May 2018

45th Selangor Open Chess Tournament 2018

27 April 2018 - 1 May 2018 : Dua wakil tunggal PCOKUNJ iaitu Aqilah Syahira dan Seri Izdihar masing-masing memenangi hadiah terbaik bagi kategori OKU. Aqilah mendapat tempat kedua terbaik, manakala Seri Izdihar memenangi tempat ketiga. Selangor Open merupakan platform terbaik kepada mereka dalam persediaan ke Kejohanan Catur OKU Kebangsaan yang dijadualkan pada bulan Julai 2018 nanti serta persediaan awal skuad Johor bagi kejohanan Para Sukma di Perak. Syabas dan di harap lebih ramai pemain Johor tampil menyertai kejohanan-kejohanan berprestij seperti ini.

Aqilah Syahira menerima hadiah tempat kedua

Seri Izdihar memenangi tempat ketiga

Bersama dengan pemenang tempat pertama, Siti Safura dari Negeri Sembilan

Bersama dengan penganjur utama

Aqilah dan Siti Safura sedang beraksi

Seri Izdihar sedang beraksi

Wajah ceria Aqilah dan Siti Safura

Sunday, 29 April 2018

Kursus Pengurusan Organisasi Badan Sukan Baru Berdaftar 2018

Kursus pengurusan organisasi baru telah berjaya dilaksanakan di Negeri Johor pada 28 April 2018 (Sabtu) bertempat di Hotel Sentral Johor Bahru oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. PCOKUNJ telah menghantar wakil yang terdiri daripada Presiden (Dr Nasrul), Setiausaha (Cik Sharina Husna) dan Bendahari (Dr Syafiqah). Program ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKB) oleh persatuan-persatuan sukan di Negeri Johor dan memberi pendedahan kepada persatuan-persatuan sukan yang baru untuk menghantar maklumat (MYKB) kepada pihak Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia sebelum 31 Mac setiap tahun.
Sebanyak 38 persatuan sukan telah menghadiri program tersebut yang terdiri oleh persatuan sukan dan badan-badan gabungan di peringkat daerah dan kelab. Program tersebut telah dihadiri oleh Tuan Haji Fauzi bin Mohamed selaku Ketua Penolong Pesuruhjaya Sukan Cawangan Naziran dan Penguatkuasaan untuk memberi taklimat mengenai Pengurusan Mesyuarat dan MYKB. Selain itu juga, program tersebut telah dihadiri oleh En. Zainal Abidin bin Hj Hassan selaku Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor bagi menjayakan program tersebut (sumber : FB JBS Negeri Johor)

Menerima Sijil Tamat Kursus dari En Zainal Abidin

Bergambar bersama-sama semua peserta kursus


Wednesday, 21 March 2018

1st Malaysia Lions International English Chess Championship for the Disabled

18 March 2018 : Warna warni kejohanan 1st Malaysia Lions International English Chess Championship for the Disabled. Syabas buat pasukan Zon Selatan yang berjaya menjadi Naib Johan di belakang Zon Central yg telah menjadi Johan keseluruhan. Zon Selatan di wakili oleh 5 pemain Johor, 3 pemain dari Negeri Sembilan dan 2 pemain Melaka. Hanson Ang Ping Ting, merupakan wakil tunggal daripada negeri Johor yang berjaya menempatkan 10 kedudukan keseluruhan terbaik dengan menduduki tangga ke-4. Pemain Johor yang lain adalah Aqilah Syahira, Mohd Farhan Shukry, Ruzaini dan Lim Yee Jin. Keputusan lengkap adalah seperti berikut.
















Sunday, 11 March 2018

Hanson Terbaik OKU Catur Sabtu Pertama bulan Mac

10 Mac 2018 : Hanson Ang Ping Ting berjaya menjadi pemain terbaik OKU bagi Catur Sabtu Pertama bulan Mac. Turut menyertai kejohanan ini adalah Ruzaini dan Dr. Nasrul. Sekali lagi Dr. Nasrul berjaya menjuarai kejohanan ini setelah menjadi Johan pada edisi Februari. PCOKUNJ mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan ini dan di harap lebih ramai atlet OKU Johor menyertai kejohanan ini akan datang.