Sunday, 29 April 2018

Kursus Pengurusan Organisasi Badan Sukan Baru Berdaftar 2018

Kursus pengurusan organisasi baru telah berjaya dilaksanakan di Negeri Johor pada 28 April 2018 (Sabtu) bertempat di Hotel Sentral Johor Bahru oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. PCOKUNJ telah menghantar wakil yang terdiri daripada Presiden (Dr Nasrul), Setiausaha (Cik Sharina Husna) dan Bendahari (Dr Syafiqah). Program ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKB) oleh persatuan-persatuan sukan di Negeri Johor dan memberi pendedahan kepada persatuan-persatuan sukan yang baru untuk menghantar maklumat (MYKB) kepada pihak Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia sebelum 31 Mac setiap tahun.
Sebanyak 38 persatuan sukan telah menghadiri program tersebut yang terdiri oleh persatuan sukan dan badan-badan gabungan di peringkat daerah dan kelab. Program tersebut telah dihadiri oleh Tuan Haji Fauzi bin Mohamed selaku Ketua Penolong Pesuruhjaya Sukan Cawangan Naziran dan Penguatkuasaan untuk memberi taklimat mengenai Pengurusan Mesyuarat dan MYKB. Selain itu juga, program tersebut telah dihadiri oleh En. Zainal Abidin bin Hj Hassan selaku Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor bagi menjayakan program tersebut (sumber : FB JBS Negeri Johor)

Menerima Sijil Tamat Kursus dari En Zainal Abidin

Bergambar bersama-sama semua peserta kursus


Wednesday, 21 March 2018

1st Malaysia Lions International English Chess Championship for the Disabled

18 March 2018 : Warna warni kejohanan 1st Malaysia Lions International English Chess Championship for the Disabled. Syabas buat pasukan Zon Selatan yang berjaya menjadi Naib Johan di belakang Zon Central yg telah menjadi Johan keseluruhan. Zon Selatan di wakili oleh 5 pemain Johor, 3 pemain dari Negeri Sembilan dan 2 pemain Melaka. Hanson Ang Ping Ting, merupakan wakil tunggal daripada negeri Johor yang berjaya menempatkan 10 kedudukan keseluruhan terbaik dengan menduduki tangga ke-4. Pemain Johor yang lain adalah Aqilah Syahira, Mohd Farhan Shukry, Ruzaini dan Lim Yee Jin. Keputusan lengkap adalah seperti berikut.
















Sunday, 11 March 2018

Hanson Terbaik OKU Catur Sabtu Pertama bulan Mac

10 Mac 2018 : Hanson Ang Ping Ting berjaya menjadi pemain terbaik OKU bagi Catur Sabtu Pertama bulan Mac. Turut menyertai kejohanan ini adalah Ruzaini dan Dr. Nasrul. Sekali lagi Dr. Nasrul berjaya menjuarai kejohanan ini setelah menjadi Johan pada edisi Februari. PCOKUNJ mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan ini dan di harap lebih ramai atlet OKU Johor menyertai kejohanan ini akan datang.




Sunday, 4 February 2018

RUZAINI TERBAIK OKU CATUR SABTU PERTAMA UTM (FEBRUARI)

3 Februari 2018 - Mohamad Ruzaini dinobatkan sebagai pemain terbaik OKU apabila berjaya memungut 3 mata daripada 5 perlawanan pada Kejohanan Catur Sabtu Pertama yang dijalankan di UTM Skudai. Syabas dan tahniah, semoga beliau dapat meneruskan kejayaan ini di masa akan datang.

Ruzaini menerima hadiah daripada Presiden Kelab Catur Staf UTM
Suasana pertandingan
Sementara itu, syabas juga kepada Presiden PCOKUNJ, Dr Nasrul Humaimi yang telah menjadi juara keseluruhan dengan mengumpul 4.5 mata daripada 5.

Dr Nasrul bersama Piala Pusingan Catur Sabtu Pertama UTM.