Wednesday, 10 February 2021

YOUTUBE CHANNEL PCOKUNJ

Memperkenalkan Youtube Channel Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor. Anda boleh belajar catur secara santai melalui Youtube ini.



KLIK DI SINI DAN JANGAN LUPA SUBSCRIBE YER.

Sunday, 8 December 2019

Farhan Shukry dan Ahmad Jais cemerlang di Johor Chess Festival

Bertempat di City Square, beberapa atlet dari Johor berentap menyertai kejohanan antarabangsa tahunan iaitu Johor Chess Festival 2019 bermula dari 2 Disember hingga 8 Disember 2019. Tiga atlet Johor iaitu Lim Yee Jin, Farhan Shukry dan Mohd Ruzaini mengambil bahagian dalam acara terbuka (Challenger) yang disertai hampir 120 peserta. Farhan Shukry telah berjaya meraih pemain terbaik PARA pada edisi kali ini.

Mohamad farhan Shukry menerima hadiah
Sementara itu, pada 8 Disember, berlangsung acara Rapid dan telah disertai oleh Aqilah Syahira, Hanson Ang Ping Ting, Ahmad Jais dan Ruzaini di mana Ahmad Jais telah berjaya menjadi salah seorang pemain terbaik dalam kategori rating bawah 1200.

Best Rating under 1200 - Ahmad Jais

Hanson Ang Ping Ting
Aqilah Syahira
Dari kiri : Hanson, Ahmad Jais, Ruzaini dan Aqilah

Pihak persatuan merakamkan setinggi tahniah dan di harap lebih cemerlang di masa akan datang.

Keputusan Kejohanan Catur Tertutup PCOKUNJ 2019

Berikut adalah keputusan lengkap bagi Kejohanan Catur Tertutup PCOKUNJ 2019. Kejohanan yang dilangsungkan bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan ini telah diadakan dengan jayanya di IKLAS Johor. Syabas kepada semua pemenang.

Para pemenang dengan hadiah kemenangan
Senarai keputusan lengkap
Ahmad Jais VS Nur Feiqha
Suasana pertandingan

Sunday, 7 April 2019

JOHOR MUNCUL JUARA DI KEJUARAAN CATUR OKU KEBANGSAAN 2019

7 April 2019 - Bertempat di Pusat Kecemerlangan Paralimpik di Kg Pandan, Kuala Lumpur, pasukan catur para negeri Johor telah muncul sebagai Johan keseluruhan bagi Kejuaraan Catur OKU 2019 peringkat kebangsaan. Kontingen negeri Johor yang terdiri daripada 16 atlet dan 5 pegawai pengiring telah berjaya membawa pulang pingat seperti berikut :
  • EMAS - Berpasukan P1W (Aqilah dan Lim Yee Jin) & Berpasukan B1W (Moira dan Junainah)
  • PERAK - Individu B1W (Moira), Individu P1W (Aqilah), Individu B2B3L (Hanson), Berpasukan B2B3L (Hanson, Farhan dan Amirul Faiz)
  • GANGSA - Individu B1W (Junainah), Berpasukan B1L (Sukrey, Arif dan Ammar), Berpasukan B2B3W (Seri Izdihar, Noryn Sofea dan Natasya)
Bersama En Azmil dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor sebelum bertolak ke Kuala Lumpur
Kontingen negeri Johor - Jurulatih Marlia tiada dalam gambar (pergi kuliah)

Pihak persatuan ingin merakamkan setinggi tahniah kepada semua atlet yang terlibat dalam memastikan kejayaan negeri Johor mengungguli  kejuaraan ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor yang memberi sokongan dan membiayai kontingen Johor ke kejuaraan ini. Semoga dengan kejayaan ini memberi pemangkin kepada semua atlet dalam persediaan menghadapi Sukan Para Sukma 2020 yang akan menyaksikan Johor sebagai tuan rumah.

Pasukan Johor diumumkan sebagai Johan Keseluruhan Kejuaraan

GANGSA B1L - Arif, Ammar dan Sukrey

PERAK B2B3L - Farhan, Amirul Faiz dan Hanson

GANGSA B2B3W - Noryn Sofea, Natasya dan Seri Izdihar

EMAS P1W - Lim Yee Jin dan Aqilah Syahira

EMAS B1W - Moira dan Junainah

Jejaka dari Kategori P1L - Hairul, Ahmad Jais dan Ruzaini

Suasana Kejohanan - Jurulatih (Nasrul dan Sharina) memerhati gerakan pemain sambil menjeling kamera

Sukrey sedang beraksi, permainan semakin meningkat

Ahmad Jais sedang berusaha Checkmate lawannya sambil diperhati rakan yang penuh debaran (jangan stalemate sudahh!)

Sementara itu, kejuaraan kali ini juga sangat istimewa buat Aqilah kerana sambutan hari lahir beliau telah diraikan bersama-sama dengan rakan seperjuangan. Semoga ukhuwah dikalangan atlet dan pegawai terus kukuh demi memastikan semuanya bergerak dalam satu pasukan.

Birthday Girl - Aqilah yang bertambah setahun lagi usianya. Semoga terus bahagia bersama insan tersayang.

Terima kasih kepada Penaja Baju T-shirt untuk kontingen.

Wednesday, 28 November 2018

PARA CATUR JOHOR MENGAUM DI PARA SUKMA XIX 2018

28 NOVEMBER 2018 - Setinggi-tinggi tahniah kepada Team Para Chess Johor kerana berjaya memenangi 8 pingat emas, 6 pingat perak dan 4 pingat gangsa di Temasya PARA SUKMA XIX 2018 yang berlangsung di Ipoh, Perak. PCOKUNJ ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam kejayaan ini. Semoga kecemerlangan ini diteruskan pada PARA SUKMA 2020 di mana Johor bakal menjadi tuan rumah.