Friday, 10 January 2025

KEJOHANAN PARA CATUR BERPASUKAN KEBANGSAAN 2025


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 

1.    Terbuka kepada pemegang kad OKU tanpa mengira UMUR dan warganegara Malaysia SAHAJA.

2.      Pertandingan ini adalah dijalankan secara BERPASUKAN CAMPURAN (boleh campur jantina atau kesemua sama jantina) di mana setiap pasukan terdiri daripada 3 PEMAIN TANPA PEMAIN SIMPANAN.

3.      Setiap pasukan WAJIB untuk senaraikan SEORANG PEMAIN MASALAH PENGLIHATAN (B1/B2/B3) pada papan ketiga. Dengan kata lain papan ketiga khas untuk pemain menggunakan PAPAN BRAILLE SAHAJA.

4.      Bagi papan pertama dan kedua adalah dikhaskan untuk mana-mana kategori OKU (fizikal/pekak/pembelajaran/penglihatan dan lain-lain).

5.      Kejohanan ini akan dijalankan mengikut undang-undang FIDE dan segala keputusan Ketua Arbiter adalah MUKTAMAD.

6.      Tie-break untuk penentuan kedudukan pasukan adalah MATCH POINT dan GAME POINT. Lain-lain tie-break dan undang-undang akan diberitahu sebelum pertandingan.

7.      Setiap pasukan hanya LAYAK menerima satu hadiah tertinggi sahaja.

8.      Semua peserta akan diberi Sijil Penyertaan (E-Sijil) dan Sijil Pencapaian (bagi pemenang).

9.      Penyertaan adalah TERHAD kepada 30 pasukan terawal SAHAJA

10.    Setiap pasukan hendaklah berdaftar di bawah NEGERI masing-masing. Walaubagaimanapun kelonggaran di berikan sekiranya tidak cukup pemain, boleh daripada negeri lain, tetapi tetap isytiharkan negeri bagi nama pasukan tersebut.

Contoh Nama Pasukan : Tiger (Johor), Black Lion (Pahang)

11.    Pertukaran pemain SELEPAS PENDAFTARAN hanya dibenarkan sekiranya pemain mengemukakan Sijil Kesihatan. Tiada pemulangan wang Yuran bagi mereka yang tidak hadir ke pertandingan.

SENARAI HADIAH


YURAN PERTANDINGAN


1.  Yuran Pertandingan adalah RM60 untuk SETIAP peserta (termasuk pegawai/pengurus/jurulatih/pengiring). Semua peserta/pegawai akan disediakan makanan untuk pagi, tengahari dan petang.

2.  Walaubagaimanapun, pihak penganjur berbesar hati untuk menerima bayaran Early Bird (bayaran sebelum 22 Januari 2025) dengan kadar RM40 untuk setiap peserta (termasuk pegawai/pengurus/jurulatih/pengiring).

Sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada 

Dr. Nasrul (019-7013268) atau En. Nik (019-704 8737)

URUSAN PENGINAPAN DAN PENGANGKUTAN ADALAH TANGGUNGJAWAB PASUKAN MASING-MASING (MELALUI JBS NEGERI)

LINK PENDAFTARAN