Kursus pengurusan organisasi baru telah berjaya
dilaksanakan di Negeri Johor pada 28 April 2018 (Sabtu) bertempat di
Hotel Sentral Johor Bahru oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. PCOKUNJ telah menghantar wakil yang terdiri daripada Presiden (Dr Nasrul), Setiausaha (Cik Sharina Husna) dan Bendahari (Dr Syafiqah). Program ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan
Maklumat Yang Kena Diberi (MYKB) oleh persatuan-persatuan sukan di
Negeri Johor dan memberi pendedahan kepada persatuan-persatuan sukan
yang baru untuk menghantar maklumat (MYKB) kepada pihak Pejabat
Pesuruhjaya
Sukan Malaysia sebelum 31 Mac setiap tahun.
Sebanyak 38 persatuan sukan telah menghadiri program tersebut yang
terdiri oleh persatuan sukan dan badan-badan gabungan di peringkat
daerah dan kelab. Program tersebut telah dihadiri oleh Tuan Haji Fauzi
bin Mohamed selaku Ketua Penolong Pesuruhjaya Sukan Cawangan Naziran dan Penguatkuasaan untuk memberi taklimat mengenai Pengurusan Mesyuarat dan
MYKB. Selain itu juga, program tersebut telah dihadiri oleh En. Zainal
Abidin bin Hj Hassan selaku Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan
Sukan Negeri Johor bagi menjayakan program tersebut (
sumber : FB JBS Negeri Johor)
|
Menerima Sijil Tamat Kursus dari En Zainal Abidin |
|
Bergambar bersama-sama semua peserta kursus |