Monday, 29 September 2025

KEJOHANAN CATUR INTEGRASI (BERSEMPENA HSN2025)

 


KEJOHANAN CATUR INTEGRASI (BERSEMPENA HSN2025)
Tarikh: 18 Oktober 2025 (SABTU)
Tempat: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin
Masa: 9.00 – 4.00 ptg (Swiss 25 minit - 6 pusingan)
Dengan sokongan : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor

2 Kategori berasingan:
1. B12
2. B17 & Terbuka OKU (OKU tidak semestinya B17)

Daftar di sini (tiada Google form, isikan maklumat peserta)
Untuk bayaran secara BANK-IN, boleh majukan slip bayaran dan nama penuh peserta kepada PIC di bawah.

TERHAD KEPADA 150 ORANG PERTAMA SAHAJA.

Pertanyaan :
Nik - 0197048737,
Nasrul - 0197013268,
Ahdat - 0127554603

BERITA BAIK BUAT SEMUA AHLI PCOKUNJ (OKU), CASH REBATE SEBANYAK RM20 AKAN DIBERIKAN SEKIRANYA MENAMATKAN 6 PUSINGAN DENGAN JAYANYA.

Cadangan Tentatif Kejohanan Catur Integrasi 2025

Masa Kawalan: 25 minit seorang

  • 8.00 - 9.00 pagi : Kehadiran peserta dan Briefing

  • 9.00 pagi – 9.50 pagi : Pusingan 1

  • 10.00 pagi – 10.50 pagi : Pusingan 2

  • 11.00 pagi – 11.50 pagi : Pusingan 3

  • 12.00 tengah hari – 12.50 tengah hari : Pusingan 4

  • 1.00 tengah hari – 2.00 petang : Rehat & Makan Tengah Hari

  • 2.00 petang – 2.50 petang : Pusingan 5

  • 3.00 petang – 3.50 petang : Pusingan 6

  • 4.00 petang : Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah (Lihat senarai hadiah)





Thursday, 3 July 2025

FESTIVAL CATUR MERDEKA INKLUSIF KOMTAR JBCC 2025

 FESTIVAL CATUR MERDEKA INKLUSIF 2025
23 DAN 24 OGOS 2025

PENDAFTARAN DITUTUP, JANGAN DAFTAR LAGI PADA GOOGLE FORM SELEPAS JAM 3.30 PETANG (JUMAAT, 22 OGOS 2025) KERANA KAMI TIDAK MEMPROSES LAGI FORM INI.


Sebarang Pertanyaan  jika masih ingin menyertai (PREFER WHATSAPP):
Nas (019-7013268)
Nik (019-7048737)





KEJOHANAN INI JUGA ADALAH DENGAN SOKONGAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR, SEKIRANYA ADA PIHAK SEKOLAH INGINKAN SURAT HEBAHAN INI SILA WHATSAPP : 0197013268


Matlamat Catur Inklusif
  • Memupuk perpaduan dan empati melalui aktiviti sukan minda yang sejagat.
  • Memberi peluang sama rata kepada individu untuk menunjukkan kebolehan tanpa halangan fizikal atau stigma.
  • Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap potensi dan hak OKU serta golongan kurang bernasib baik.
  • Mendorong pembangunan sukan untuk semua (sports for all).
______________________________________________________

SYARAT-SYARAT UMUM
  • Terbuka untuk semua peminat dalam dan luar negara (jika ada).
  • Undang-undang catur adalah mengikut FIDE.
  • Semua pemain normal DIGALAKKAN (TIDAK WAJIB) menggunakan set catur braille sekiranya bertemu dengan lawan OKU Visual. Walaubagaimanapun penganjur akan sediakan set catur normal sekiranya ada pemain normal tidak selesa dengan cadangan ini. Kita sama-sama raikan dan rasakan keseronokan INKLUSIF bersama.
  • Bermain dengan kawalan masa 25/30 minit dan 6/7 pusingan (akan diputuskan mengikut jumlah penyertaan)
  • Tiada pemulangan wang yuran sekiranya tidak dapat hadir atau menarik diri, tetapi boleh menggantikan dengan peserta lain dalam masa satu jam sebelum perlawanan bermula.
  • Bayaran early bird adalah sebelum 31 Julai 2025 atau penyertaan setiap kategori mencecah 50 orang bagi kategori individu, manakala bagi berpasukan, mencecah 25 pasukan terawal yang mendaftar.
  • Yuran penyertaan kategori terbuka individu : RM40, Early Bird RM35
  • Yuran penyertaan kategori bawah 15 tahun : RM30, Early Bird RM25
  • Yuran penyertaan kategori berpasukan : RM200, Early Bird RM150
**UNTUK KATEGORI BERPASUKAN, SILA BACA SYARAT2NYA KERANA SETIAP PASUKAN WAJIB ADA SEKURANG-KURANGNYA SEORANG PEMAIN OKU KECUALI PASUKAN YANG KESEMUANYA ADALAH BAWAH 12 TAHUN. BAGI PASUKAN BAWAH 17 TAHUN, PEMAIN OKU TIDAK SEMESTINYA BERUMUR BAWAH 17 TAHUN (TERBUKA).

Contoh braille set (SET INI SAMA SAHAJA DENGAN SET BIASA/NORMAL CUMA ADA SPECIAL SEDIKIT SEPERTI LUBANG PADA PETAK, RASA TAJAM PADA BUAH HITAM SEMUANYA UNTUK PEMAIN VISUAL MUDAH DALAM MENGENALPASTI BUAH ATAU PAPAN TERSEBUT)
_________________________________________
KATEGORI INDIVIDU TERBUKA 
(23 OGOS 2025 - SABTU)

Bagaimana untuk mendaftar?
WAJIB ISI LANGKAH 2, LANGKAH 1 HANYA UNTUK BUAT PEMBAYARAN DAN BUKAN MAKLUMAT PENYERTAAN.
  • Langkah 2 : Sila isikan maklumat butiran anda di sini :  KLIK DI SINI

  • Jangan lupa join group whatsapp (link diberikan sebaik sahaja anda SUBMIT google form)

SENARAI HADIAH BAGI KATEGORI  INDIVIDU TERBUKA

_________________________________________
KATEGORI INDIVIDU BAWAH 15 TAHUN 
(23 OGOS 2025 - SABTU)

** KATEGORI INI BERASINGAN DARIPADA TERBUKA

Bagaimana untuk mendaftar?
WAJIB ISI LANGKAH 2, LANGKAH 1 HANYA UNTUK BUAT PEMBAYARAN DAN BUKAN MAKLUMAT PENYERTAAN.
  • Langkah 2 : Sila isikan maklumat butiran anda di sini : KLIK DI SINI
Jangan lupa join group whatsapp (link diberikan sebaik sahaja anda SUBMIT google form)

SENARAI HADIAH BAGI KATEGORI  BAWAH 15 TAHUN 

_________________________________________
KATEGORI BERPASUKAN TERBUKA 
(24 OGOS 2025 - AHAD) - PIALA DATUK HJ PANDAK AHMAD (ADUN KOTA ISKANDAR)

SYARAT-SYARAT PASUKAN
  • Terdiri daripada 4 orang (tanpa simpanan) dalam satu pasukan
  • Setiap pasukan (TERMASUK PASUKAN SEMUA BAWAH 17 TAHUN), WAJIB membariskan minimum SEORANG (LEBIH TIADA MASALAH) pemain OKU (PEMEGANG KAD OKU)
  • Bagi team bawah 17 tahun, pemain OKU tidak semestinya pemain bawah 17 tahun (terbuka)
  • Tiada papan (board) khas bagi pemain OKU di mana boleh bermain di mana-mana papan.
  • Sekiranya pemain normal bertemu dengan pemain OKU Visual yang menggunakan SET BRAILLE, maka DIGALAKKAN untuk bermain menggunakan set braille (KITA PUPUK SEMANGAT KESUKANAN DEMI INKLUSIF OKU).
  • Sekiranya ada pasukan yang tidak mempunyai pemain OKU, maka masih boleh mendaftar tetapi dengan kekuatan 3 pemain sahaja. Boleh menambah pemain OKU kemudian SEHARI SEBELUM pertandingan sekiranya ada.
  • PASUKAN YANG KESEMUA PESERTA ADALAH BAWAH 12 TAHUN TIDAK WAJIB ADA PEMAIN OKU DAN LAYAK UNTUK HADIAH TERBAIK PASUKAN BAWAH 12 TAHUN.
__________________________________________________________________________
Bagaimana untuk mendaftar?
  • Langkah 2 : Sila isikan maklumat butiran anda di sini : KLIK DI SINI 
  • Jangan lupa join group whatsapp (link diberikan sebaik sahaja anda SUBMIT google form.

SENARAI HADIAH BAGI KATEGORI BERPASUKAN

__________________________________________________________________________
Semua bayaran di galakkan untuk menggunakan link yang telah disediakan. Namun, jika ada bayaran secara bank in/transfer, bolehlah berbuat demikian ke akaun berikut dan whatsapp bukti bayaran kepada nama-nama di bawah:

Nama Akaun
Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor

Nombor Akaun
01041010075421

Nama Bank
Bank Islam Malaysia Berhad

Sebarang Pertanyaan  (PREFER WHATSAPP):

Nas (019-7013268)
Nik (019-7048737)

___________________________________________________________________________________
CADANGAN TENTATIF

KAWALAN MASA : 25 ATAU 30 MINIT (BERGANTUNG KEPADA BILANGAN PUSINGAN)
TENTATIF (6 ATAU 7 PUSINGAN BERGANTUNG KEPADA BILANGAN PESERTA DAN MASA)

*****tentatif ini tertakluk kepada pindaan terakhir mengikut jumlah peserta dan pusingan

Masa    Aktiviti
8.00 – 8.45 pagi    Pendaftaran peserta
8.45 – 9.00 pagi    Taklimat teknikal
9.00 – 9.50 pagi    Pusingan 1
10.00 – 10.50 pagi    Pusingan 2
11.00 – 11.50 pagi    Pusingan 3
12.00 – 12.50 tengah hari    Pusingan 4
12.50 – 2.00 petang    Rehat Tengah Hari
2.00 – 2.50 petang    Pusingan 5
3.00 – 3.50 petang    Pusingan 6
4.00 – 4.50 petang    Pusingan 7
5.00 – 5.30 petang    Pengiraan & Semakan Keputusan
5.30 – 6.00 petang    Majlis Penyampaian Hadiah
6.00 petang    Bersurai

_________________________________________________________________________________

LATEST UPDATE DARI PENAJA TAMBAHAN (KEDAI MAKANAN DALAM KOMTAR JBCC)


1. MC DONALDS AKAN MENAJA 200 BURGER UNTUK SETIAP PESERTA PADA HARI SABTU 23 HB OGOS 2025.



2. The Dim Sum Place dan The Ramen Stall @ KOMTAR JBCC akan memberi diskaun RM20 voucher kepada 200 peserta pertama untuk menikmati hidangan di restorannya. Memang sedap masakan di sini!

Sunday, 18 May 2025

KEJOHANAN PARA CATUR PERINGKAT NEGERI JOHOR 2025

PENDAFTARAN AKAN DITUTUP APABILA MENCECAH JUMLAH MAXIMUM PESERTA ATAU SELEWAT-LEWATNYA 

PADA 24 MEI 2025 (JAM 12 TGHARI). 

WALK-IN PADA HARI PERTANDINGAN TIDAK DIBENARKAN. SILA MENDAFTAR PENYERTAAN PADA GOOGLE FORM DI BAWAH.

*TENTATIF KEJOHANAN MUNGKIN BERUBAH SEKIRANYA PENYERTAAN HANYA SESUAI UNTUK 5 PUSINGAN SAHAJA*




KEJOHANAN PARA CATUR PERINGKAT NEGERI JOHOR 2025

TARIKH : 25 MEI 2025 (AHAD)
TEMPAT : KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR (LARKIN)
MASA : 8 PAGI HINGGA 5 PETANG
FORMAT : RAPID (25 MINIT SEORANG), 5/6 PUSINGAN
PENYERTAAN: PERCUMA TETAPI WAJIB DAFTAR NAMA SEHARI SEBELUM KEJOHANAN

KATEGORI 1 : OKU FIZIKAL/LAIN-LAIN
- Terbuka untuk pemegang kad OKU Fizikal dan lain-lain (iaitu pemegang kad OKU pembelajaran, pendengaran, murid-murid pendidikan khas atau lain-lain OKU)

KATEGORI 2 : OKU PENGLIHATAN B3/B2/B1
- Terbuka untuk pemegang kad OKU penglihatan samada B3/B2/B1. Pemain akan menggunakan set catur Braille.
SEMUA PESERTA AKAN MENERIMA SIJIL PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN.

DAFTAR DI SINI MELALUI GOOGLE FORM :

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA, NAMUN HANYA YANG MENDAFTAR SAHAJA LAYAK BERMAIN. PENGANJUR BERHAK MENOLAK PESERTA YANG MEMBUAT PENDAFTARAN WALK-IN ATAS SEBAB MUNGKIN MENGGANGGU PERSEDIAAN PERALATAN/TEMPAT DAN SEBAGAINYA.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH SABTU JAM 12.00 TGH (24 MEI 2025) ATAU SEHINGGA MENCAPAI JUMLAH PESERTA MAKSIMUM.

SEBARANG PERTANYAAN SILA MAJUKAN KEPADA
Nasrul (019-7013268) Nik (0197048737)

Sunday, 23 February 2025

Kejohanan Para Catur Berpasukan Kebangsaan 2025 – Kemenangan Cemerlang Golden Titans


Johor Bahru, 22 Februari 2025 – Kejohanan Para Catur Berpasukan Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Johor Bahru, Johor, menyaksikan persaingan hebat antara pasukan-pasukan dari seluruh negara. Kejohanan ini melibatkan 14 pasukan dari seluruh negara yang terdiri dari negeri seperti Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Sabah, dan Kelantan, yang bersaing dengan penuh semangat.

Pasukan Golden Titans berjaya muncul sebagai juara dengan prestasi yang mengagumkan. Pasukan ini yang diwakili oleh Dr. Hafiz, Gan Wen Han – peserta tunggal dari negeri Kelantan – dan Hanson Ang Ping Ting, menamatkan kejohanan dengan rekod sempurna, menewaskan semua lawan mereka dengan strategi yang cemerlang.

Pada majlis penutupan, Dr. Hafiz menyatakan rasa bangga atas kejayaan ini. "Kami berterima kasih kepada semua yang telah menyokong kami sepanjang kejohanan ini. Catur bukan hanya permainan, tetapi seni berfikir," katanya.

Majlis penyampaian hadiah juga diserikan dengan kehadiran En. Shamsuhaime bin Basir, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, yang menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Jumlah keseluruhan hadiah kejohanan ini bernilai hampir RM5000. Dalam ucapannya, En. Shamsuhaime memuji semangat juang semua pasukan dan berharap kejohanan ini dapat memajukan lagi sukan para catur di Malaysia.

Pengarah kejohanan, Dr. Nasrul, yang juga merupakan Presiden Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor, turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua peserta yang telah menjayakan kejohanan ini dengan jayanya. “Saya berterima kasih kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian dan memberikan persembahan yang luar biasa. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan strategik kami dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, serta rakan-rakan jawatankuasa penganjuran yang memberi sokongan tenaga dan bantuan dana yang sangat berharga, yang telah menjayakan kejohanan pertama kali seumpama ini,” ujarnya.

Kejohanan ini memberi peluang kepada pasukan-pasukan lain untuk menunjukkan bakat mereka. Pasukan-pasukan seperti Sabah Desperado, Botol Selalu Hilang, dan VAMOS turut memberi saingan sengit dalam kejohanan kali ini. Semoga kejohanan seperti ini dapat dijadikan acara tahunan yang terus berkembang dan memartabatkan sukan para catur negara, serta memberi ruang kepada lebih ramai pemain untuk menyerlahkan bakat mereka.

Senarai Ranking Terakhir:

  1. Golden Titans
  2. Sabah Desperado
  3. Botol Selalu Hilang
  4. KNIGHTS
  5. Bambambam
  6. Arabica Double Shot
  7. VAMOS
  8. Chess & Chill Enthusiasts
  9. KISS OF DEATH
  10. BU-CHOFF
  11. Isyekimet
  12. Undercat
  13. Elephant Fighter
  14. DC@Dolce

JOHAN - Golden Titans (Johor Ft Kelantan) - Dr. Hafiz, Wen Han dan Hanson


Naib Johan - Sabah Desperado (Sabah) - Ainnur Asyikin, Ardian Syah dan Gadafi


Ketiga - Botol Selalu Hilang (Johor) - WFM Ainul Mardiah, Danish Arif dan Nur Feiqha


Keempat - Knight (Johor) - Tharsshen, Ahmad Jais dan Amirul Arif


Kelima - Bambambam (Johor) - Abdur Rahman, Aishah dan Farhan Syukry


Keenam - Arabica Double Shot (Negeri Sembilan) - Amirul Shamie, Amirul Iman dan Syamil


Ketujuh - VAMOS (Selangor) - Ikmal Faiz, Zul Hilmie dan Syahmi


Kelapan - Chess & Chill Enthusiasts (Johor) - Yee Jin, Yi Heng dan Ainul




Gambar-gambar sekitar kejohanan



Barisan Arbiter, pembantu arbiter dan team penganjur


Bersama Puan Manisah (JBSN Johor) - Rakan Strategik menjayakan kejohanan ini


Terima kasih Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, En Shamsuhaime Basir yang sudi meluangkan masa menyampaikan hadiah dan merasmikan majlis penutup. Tidak lupa atas kerjasama yang diberikan sebagai Rakan Strategik menjayakan kejohanan ini.


Behind the scene - perbincangan wakil PCOKUNJ dengan Hotel Seri Malaysia. Terima kasih juga Hotel Seri Malaysia yang menjayakan kejohanan ini dengan penajaan makan untuk beberapa orang dan penginapan urusetia.

Friday, 10 January 2025

TERKINI : KEJOHANAN PARA CATUR BERPASUKAN KEBANGSAAN 2025



TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH SELEWAT-LEWATNYA 11.59 MALAM (SABTU-15 FEBRUARI 2025)


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 

1.    Terbuka kepada pemegang kad OKU tanpa mengira UMUR dan warganegara Malaysia SAHAJA.

2.      Pertandingan ini adalah dijalankan secara BERPASUKAN CAMPURAN (boleh campur jantina atau kesemua sama jantina) di mana setiap pasukan terdiri daripada 3 PEMAIN TANPA PEMAIN SIMPANAN.

3.      Setiap pasukan WAJIB untuk senaraikan SEORANG PEMAIN MASALAH PENGLIHATAN (B1/B2/B3) pada papan ketiga. Dengan kata lain papan ketiga khas untuk pemain menggunakan PAPAN BRAILLE SAHAJA.

4.      Bagi papan pertama dan kedua adalah dikhaskan untuk mana-mana kategori OKU (fizikal/pekak/pembelajaran/penglihatan dan lain-lain).

5.      Kejohanan ini akan dijalankan mengikut undang-undang FIDE dan segala keputusan Ketua Arbiter adalah MUKTAMAD.

6.      Tie-break untuk penentuan kedudukan pasukan adalah MATCH POINT dan GAME POINT. Lain-lain tie-break dan undang-undang akan diberitahu sebelum pertandingan.

7.      Setiap pasukan hanya LAYAK menerima satu hadiah tertinggi sahaja.

8.      Semua peserta akan diberi Sijil Penyertaan (E-Sijil) dan Sijil Pencapaian (bagi pemenang).

9.      Penyertaan adalah TERHAD kepada 30 pasukan terawal SAHAJA atau jumlah peserta + pegawai mencapai 90 orang. Ini kerana ruang adalah terhad.

10.    Setiap pasukan hendaklah berdaftar di bawah NEGERI masing-masing. Walaubagaimanapun kelonggaran di berikan sekiranya tidak cukup pemain, boleh daripada negeri lain, tetapi tetap isytiharkan negeri bagi nama pasukan tersebut.

Contoh Nama Pasukan : Tiger (Johor), Black Lion (Pahang)

11.    Pertukaran pemain SELEPAS PENDAFTARAN hanya dibenarkan sekiranya pemain mengemukakan Sijil Kesihatan. Tiada pemulangan wang Yuran bagi mereka yang tidak hadir atau menarik diri dari pertandingan.

SENARAI HADIAH


YURAN PERTANDINGAN


1.  Yuran Pertandingan adalah RM60 untuk SETIAP peserta (termasuk pegawai/pengurus/jurulatih/pengiring). Semua peserta/pegawai akan disediakan makanan untuk pagi, tengahari dan petang.

BAYARAN EARLY BIRD DILANJUTKAN ATAS PERMINTAAN

2.  Walaubagaimanapun, pihak penganjur berbesar hati untuk menerima bayaran Early Bird (bayaran sebelum 10 FEBRUARI 2025) dengan kadar RM40 untuk setiap peserta (termasuk pegawai/pengurus/jurulatih/pengiring).

3. Urusan penginapan adalah urusan negeri/pasukan masing-masing. Pihak hotel juga ada menyediakan pakej (tetapi terhad dan berdasarkan first come first serve, sementara bilik masih ada). Jika berminat, sila beri nama melalui whatsapp ke 019-7013268 selepas mendaftar sebagai pasukan/pemain (SEBELUM 10 FEBRUARI 2025). Bayaran adalah terus kepada hotel.


Sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada 

Dr. Nasrul (019-7013268) atau En. Nik (019-704 8737)

LINK PENDAFTARAN


SENARAI PASUKAN YANG TELAH MENGESAHKAN PENDAFTARAN (DENGAN BAYARAN)
  1. Botol selalu hilang
  2. Bambambam 
  3. KNIGHTS
  4. KISS OF DEATH (KOD)
  5. Golden Titans
  6. Elephant Fighter
  7. Kamikaze
  8. Arabica Double Shot 
  9. Undercat  
  10. DC@Dolce  
  11. VAMOS 
  12. Chess & Chill Enthusiasts
  13. Isyekimet
  14. Team S