Thursday 5 October 2023

KEJOHANAN CATUR INTEGRASI 2023

Bersempena dengan Hari Sukan Negara, Satu Kejohanan Catur Integrasi akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 14 Oktober 2023 (SABTU)

Masa : 9.00 a.m hingga 2.00 petang

Tempat : Dataran Puteri Harbour, Iskandar Puteri

Format : SWISS 7 Pusingan (15/20 minit - bergantung kepada jumlah peserta)

E-CERTIFICATE RASMI HARI SUKAN NEGARA DIBERIKAN KEPADA SEMUA PESERTA

Kejohanan Integrasi bermaksud demi meraikan semangat kesukanan, kejohanan ini adalah terbuka untuk OKU, Normal, Remaja, Pelajar Sekolah dan sebagainya di mana akan bermain dalam satu kategori yang sama.

Berikut adalah senarai HADIAH yang ditawarkan kepada para pemenang :

*Setiap peserta berhak menerima satu hadiah wang tunai tertinggi sahaja.


YURAN PENYERTAAN ADALAH RM 30.

______________________________________________________


PENYERTAAN AKAN DITUTUP SERTA MERTA SEKIRANYA MENCECAH 100 ORANG. 

MAAF, TIADA PENDAFTARAN WALK IN PADA HARI PERTANDINGAN.

JOM DAFTAR SEKARANG!

*******************************************************

1) Buat Pembayaran di ToyyibPay melalui FPX.

https://toyyibpay.com/HSN2023


JIKA ANDA TIDAK MENGGUNAKAN FPX/TOYYIBPAY, BOLEH JUGA MEMASUKKAN KE AKAUN BERIKUT :

Nama Akaun
Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor

Nombor Akaun
01041010075421

Nama Bank
Bank Islam Malaysia Berhad

upload bukti diruangan disediakan semasa mengisi google form pendaftaran.


2) Isikan google form ini (pastikan nama adalah sama dengan bukti pembayaran) untuk memilih kategori masing-masing.

https://forms.gle/Sm56ngJvoDAX5Sc76


3) Jangan lupa join whatsapp group (check email selepas pembayaran) untuk memudahkan maklumat diberi) atau klik disini selepas mendaftar :

https://chat.whatsapp.com/FseJqCmqqtb7FAK8WJ3Uwp


OK SELAMAT MENDAFTAR....

SEBARANG PERTANYAAN : 0197013268 (NAS), PLEASE WHATSAPP.


GAMBARAN LOKASI PERTANDINGAN....BERDEKATAN DENGAN STARBUCKS DAN BEBERAPA MERCU TANDA INI...






Thursday 27 July 2023

Abdur Rahman Mohd Afif Penerima Insentif PERAK PCOKUNJ yang pertama!

Abdur Rahman Mohd Afif menjadi peserta pertama yang menerima insentif kemnangan SKIM PERAK oleh PCOKUNJ atas kejayaan cemerlangnya berjaya meningkatkan sebanyak 218 rating FIDE dari 1074 hingga 1292. Kenaikan ini adalah daripada bulan Jun sehingga Julai 2023. Ini sekaligus melayakkan beliau menerima insentif PERAK yang bernilai sebanyak RM500.

Pihak persatuan mengucapkan syabas dan tahniah buat beliau atas semangat dan usaha keras dalam memastikan peningkatan demi peningkatan dalam sukan catur.

Insentif ini mula diperkenalkan oleh persatuan sebagai salah satu usaha untuk memberi galakan dan semangat kepada semua ahli PCOKUNJ khususnya pemain para demi memartabatkan sukan catur Para di dalam negara dan luar negara. Rating FIDE boleh menjadi ukuran kekuatan sebenar para pemain dalam usaha untuk bersaing dengan pemain catur Para luar negara.

Syabas dan tahniah.







Sunday 25 June 2023

TEAM JOHOR SERTAI KEJOHANAN CATUR JEMPUTAN INSPIRE I-TALENT NEGRI SEMBILAN

Bertempat di Kompleks Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, pasukan para Johor telah memeriahkan acara catur bersempena dengan program Inspire I-talent negeri Sembilan.

Acara ini disertai oleh 8 Pasukan yang terdiri daripada Pasukan Negeri Sembilan, Johor dan Melaka. Semoga semua atlet berjaya menimba pengalaman dan terus menjalinkan hubungan baik sesama mereka. Team Johor disrtai oleh Ahmad Jais, Tharssen, Hidayat dan Mohamad Farhan serta dibantu oleh En Nik Mohamad Anuar dan Dr Nasrul Humaimi sebagai pengurus dan jurulatih.

Setinggi-tinggi terima kasih buat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor atas sokongan perbelanjaan kepada pasukan para Johor.










Wednesday 31 May 2023

SELAMAT BERJUANG WIRA NEGARA

PCOKUNJ mengucapkan selamat berjaya kepada semua Team Para Asean Negara di Temasya Sukan para ASEAN 2023 di Cambodia.

Bagi acara Catur, seramai 6 orang dari Pasukan Para Negeri Johor terpilih menjayakan temasya ini iaitu :

  1. Prof Madya Ts Ir Dr Nasrul Humaimi Mahmood (Jurulatih)
  2. Siti Marlia Abd Rahim (Jurulatih)
  3. Tan Mei Ling (Pegawai Pengiring)
  4. Hanson Ang Ping Ting (Atlet B2/B3 lelaki)
  5. Lim Yee Jin (Atlet Fizikal Wanita)
  6. Aqilah Syahira Ahmad (Atlet Fizikal Wanita)
Semoga berjaya! DEMI MALAYSIA.




Monday 8 May 2023

TAHNIAH WNM AINUL MARDHIAH

PCOKUNJ mengucapkap setinggi2 tahniah buat NWM Ainul Mardhiah atas kejayaan menjuarai kategori wanita terbuka di Malaysian Chess Championship 2023. Ainul juga menerima RM200 daripada Majlis Tertinggi PCOKUNJ atas insentif kemenangan menjuarai Kejohanan Peringkat Kebangsaan. Syabas diucapkan dan semoga terus cemerlang. 

Tahniah juga buat adik Danish dan Cikgu Hanson Ang Ping Ting atas hadiah khas..

Turut menyertai Kejohanan ini adalah Lim Yee Jin, Abdurrahman dan Aisyah yang bermain dengan baik.

Syabas dan tahniah semua.